Showing posts with label CInta. Show all posts
Showing posts with label CInta. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Cik Cinta tahun depan....

Hi

Dah lama tak cerita perihal Cik Cinta.

Tahun depan dia dah nak sekolah. Belum masuk darjah satu lagi ya kawan2... baru nak masuk kindergarden. =)
Lagipun tahun depan Cik Cinta baru nak masuk 4 tahun... awal kan dah masuk sekolah...mommy ko dulu 6 tahun baru masuk tadika, itu pun tadika kemas...tapi elok jer cerdik jugak...hihihi

Kiranya bulan satu ni baru 3 tahun 5 bulan umur Cik Cinta... ikutkan memang la rasa cenonit jer lagi. Tapi biarlah lagipun memang dia sendiri kata nak pergi school. Lagi pun takde lah mengharap dia belajar sungguh-sungguh sangat pun untuk 4 tahun ni. Lebih kepada nak dia bersosial, belajar yang basic2 pun dah ok.

Yuran dan uniform semua dah settle. Khamis ni dah start orientasi...hoh mommy pulak yang nervous... Tapi mommy yakin Cinta takkan menangis punyaaaa.....

Bila dah start school nanti daddy hantar, balik kul 12 tengahari ayah dia amik (suami pengasuh Cinta & Airis) Lega rasanya, sebab kalau nak suruh naik van...macam kesian la hai...van kan laju2 je bawak nya...ish mommy is x confident. Nasib ayah dia offer nak jemput...


Dah lama tak tempek latest picture Cik Cinta kat sini...

 Jalan-jalan kat Sunway Pyramid

 Peace yoo!!




Alhamdulillah....ntah apa la yang didoakan... mommy amin kan ajer.... (^_^)


Dah tu jer.. Selamat Tahun Baru semua. Bye




Thursday, October 11, 2012

Doa Makan Bersama Cik Cinta

Assalamualaikum semua (^_^)

Bangga kejap mommy diumur 2 tahun Cik Cinta dah pandai & hafal doa makan..ehehe,,, sebelum umur 2 tahun lagi dia dah pandai sebenarnya..dah ada irama nya...tapi banyak dengar hujung nya je.. sebab cik Cinta suka baca laju sangat macam ketapi..hahaha

Ni dapat record sebab suruh dia baca slow-slow sikit...=)

Tapi abis semua bacaan...tak kira la doa dalam solat ke doa lepas azan ke...doa makan jugak yang dibacanya...cuma kalau tengah solat tu dia baca "doa makan" tu ala-ala berbisik..sebab selalu tengok daddy & mommy dia solat baca slow-slow je...tu yang dia terikut tu...kelakar tgok nya.

Cuba nak train baca Al-Fatihah pulak sebenarnya...moga suksess!! eheehee



Mari baca doa makan dulu yer kawan-kawan! =))


Monday, October 8, 2012

Dah pandai tidur sendiri

Assalamualaikum..

Wah kali ni memang bebetul lama sangat tak update blog ni.. banyak sangat story nak share..macam-macam dah jadi..dah pindah rumah, dah bertukar kerja, birthday Cik Cinta yang ke-2 tahun.. short vaccay to Pangkor, ke Lost World of Tambun lagi.. macam-macam lagi lah..owh pasal raya tahun ni pun tak sempat nak buat entry...Insha-ALLAH kalau ada masa nanti nak update juga.

Kali ni just nak share story yang anak dara kesayangan daku dah boleh tidur sendiri kat cot dia.. =)) Almaklumlahhh katil kami size queen je...selama ni tidur bertiga dah macam apa dah...nak2 cik cinta jenis lesak..selalu sangat tetiba kaki dia dah ke muka..


Tapi sebelum dia lena tu macam biasa la..kena pegang tangan dia... ntah kenapa rasa safe kot kalau pegang tangan kita.ye ker? theory aku jer.. kalau kita lepas mula la "mommy pegang hand cinta.." . Tapi bila dia dah lena takpe dah.. tapi yang pelik elok je pulak tu...takda lah pulak nak lesak sangat..padahal cot tu kan kecik jer..

Apapun alhamdulillah dah berjaya train tidur katil sendiri....walaupun katil sebelah-sebelah jer.Nanti-nanti boleh la nak train tidur bilik sendiri pulak. Tapi kalau tidur bilik sendiri mommy yang tak lena tidur pulak..haihh..ate camne tu??





Thursday, February 23, 2012

Hand Foot Mouth Disease

Khamis malam Jumaat kelmarin memang dah rasa dah badan Cik Cinta macam dedar sikit... tapi tak la panas sangat pun. Tapi masa tengah tidur tetiba Cik Cinta menangis... rasa badan dia dah panas sangat dah. Uishh risau jadi nya sebab dah lama Cik Cinta tak demam..

Pastu aku pun terus laa zasss pergi ambik air nak jelum kepala dia dan kool fever.. sebelum tu kejutkan cik daddy suh tengok2 kan cik cinta kejap..

Sakit sangat lah tu..sampai menangis, sebab biasanya Cinta kalau tidur sampai ke pagi dia lena.. Lepas menggunakan segala kepakaran yang mummy nya ada untuk memujuk baru lah lena balik..

Jumaat lepas kerja jemput Cik Cinta dari rumah pengasuh nampak ada bintik2 merah tapi tak banyak lah.. tapi ada kat tangan dengan kaki jer. Bagi tau daddy takkan lah kena lagi HFMD or penyakit tangan kaki dan mulut ni... sebab last year dah pernah kena dah.

Esok pagi terus ke klinik nak confirmkan.. hmm sah!! HFMD lagi!!!

Haih dari mana la dapatnya ni.. sebab bila diingat balik memang minggu tu kami tak pergi mana pun... Weekend pun tak kemana.

Tanya cik daddy ada tak budak lain kat umah pengasuh tu yang kena. Sebab memang hari2 cik daddy akan jemput cik cinta dulu baru jemput mummy... dia cakap takda pulak nampak.. Ish macam tak puas hati jer rasa..

Kali ni bubbles banyak dari dulu...dekat mulut pun banyak.. dulu kat luar mulut takda langsung.. kali ni kat luar ada kat dalam pun ada. Kesian tengok dia..tapi alhamdulillah masih boleh makan dan nyusu...

Kat rumah semua mummy dah buat operasi habis segala toys dengan rumah2 sekali mummy basuh dengan dettol... biar semua kuman2 tu mati.

Demam nasiblah sehari dua tu jer.. cuma bubles/bintik2 tu jer ambil masa sikit nak hilang.. sapu dengan cream dan camomile lotion sampai 4 -5 kali sehari... hahhaha

Disebabkan itu juga lah mummy terpaksa lah ambik EL jaga awak tau.. sapa lagi kan?? bak kata Dr. Syed Nazri (KJMC).. biasalah selalunya mak yang kena ambil cuti jaga anak. See nampak sangat apa2 pun mak...macam mana lah anak tak sayang mak lebih kan.. =P


Tapak kali yang paling teruk sekali.. =((


See kat area mulut pun ada jugak... takpe2 sayang lepas ni kita sapu lotion banyak kasik cun balik okeh!! (^_^)


Dalam pada sakit2 pun tetap aktif yer anak dara i ni.... luv u sayang... cepat baik eah.. weekend ni nak berjalan kan... yeay sukeeee!!!!.... =D




Ni ada sikit info pasal penyakit tangan kaki dan mulut: sumber dari info sihat

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


Thursday, February 2, 2012

1 tahun 5 bulan

Hi!

Dah terlambat 2 hari dah ni sebenarnya.. 31st January 2012 genap sudah umur Cik Cinta 1 tahun 5 bulan..alhamdulillah!! =D

Dan dia sekarang ni sudah semakin lah bijak! mummy like like like..

Gigi pun sedang tumbuh lagi 2 batang kat bawah.. dan 2 batang kat atas. Geraham pulak tu.. pheww sekali tumbuh sampai 4 batang kauuuu... tu yang sekarang asyik meleleh jer air liur dia.. (^_^)

So sekarang dah ada 6 batang gigi atas 4 batang gigi bawah. yeay!! ;)

Dan juga dah pandai counting okeh!!


Mummy/Daddy : one....

Cik Cinta : two.........

Mummy/Daddy : three....

Cik Cinta : four........

Mummy/Daddy : five....

Cik Cinta : six.........

Mummy/Daddy : seven....

Cik Cinta : eight.........

Mummy/Daddy : nine...

Cik Cinta : yeay yeay!! (sambil angkat tangan......... ten nye hilang! ahahhahaha)


Saturday, December 31, 2011

Cinta Sofea Zara = 31 December 2011 = 16 months

Lama dah rasanya tak update pasal perkembangan anak dara daku ni.. =) . Sekarang ni dah macam-macam dah akal dia ada jer benda/skill baru yang dia tunjukkan... seronok!! ehehehe

Kebetulan di penghujung tahun ni Cik Cinta dah genap usia nya 1 tahun 4 bulan, alhamdulillah....

Aku list kan jer la k.. =D

  • Sejak dah dapat kaki ni, asyik nak berjalan & berlari sendiri... especially kat shopping mall. Dah tak nak kena dukung apatah lagi duk dalam stroller. Tapi kalau dia sleepy stroller sgt2 berguna yer... ;P
  • Dah boleh faham certain word yang kita cakap or arahkan... macam kalau kita suruh dia seat/duduk, kita suruh dia take book, take towel, take laptop, take tab, jom eat, suruh dia kiss/sayang kita....
  • Dah pandai salam/amin orang...
  • Kalau baca book dah boleh kenal binatang, kalau kita tanya where's cat/dog/bear/frog/butterfly/chicken/horse/lion/tiger/cicak apa lagi eh..mcm2 lah... dia dah kenal & tunjuk apa yang kita sebut.. =)
  • Dah pandai bagi tau "iyakkk" kalau dia nak buat project!! hahahaha
  • Kalau pergi kedai tu dah pandai minta barang dah... dah dapat sibuk cakap "bayar bayar"... wahhhh boleh bankrupt nak oiiii....
  • Bila sampai kat tol pun sama juga, dia akan cakap "teet teet" "bayar bayar" sbb daddy nya selalu pakai touch n go...kan bunyi gitu...hahahah..
  • Suka sangat tidur tertongeng tongeng.... lesak pulak tu.
  • Every time nak makan or minum susu, kalau kita cakap baca doa dulu.... cecepat tadah tangan nak baca doa... tapi dia sebut ujung jer bila nak aminnnn.... heheheh ( kadang tu bila terjaga tgh malam pun bila suh baca doa... tangan tadah ni... tapi mata pejam. sampai dah habis doa baru dia amin... =D
  • Sangat suka kalau dapat main kat playground, swimming pool pun!!
  • Kalau kat shopping mall tu, kita tengah sibuk selak2 pilih baju dia pun sama lah sibuknya...hahahaha...
  • Sekarang ni sangat addict dengan tab & laptop nak tengok you tube/ video/main game.
  • Bila kita bukakan baju dia nak mandi. dah pandai ambik baju kotor letak dalam bakul... =)
  • Mengemas umah ( selerakkan umah) dia lah champion...eheheh
  • Kalau nampak coins or orang bagi dia coin... cecepat dia masukkan dalam tabung dia.. - good girl anak mommy ni!!!
  • Kalau dengar azan or orang tengah ngaji... dia siap letak jari kat mulut suh orng senyap...
  • Kalau kita tengah sembahyang... dia pun sibuk suruh kita pakaikan telekung jugak... pastu orang sujud dia pun nak sujud juga sampai terterap...
  • Bab makan pula, dah agak kureengg suka nasi, suka makan sayur & lauk jer... tapi sngat lah suka dengan pasta okeh!! taste mat saleh pulak dah si kenit ni...
  • Gigi masih ada 6 batang, 4 atas 2 bawah.


Antaranya words yang Cik Cinta dah pandai sebut:

  • Mamiii = mommy =))
  • Daddy = daddy
  • Atok = atok
  • Opah = opah
  • Nenek = nenek
  • Pakcu = paksu
  • Kakak = kakak
  • Eat = eat
  • Babai = babai
  • Car = car
  • Bukak = buka
  • Book = book
  • Cat = cat
  • cucu = susu (yang ni agak pelat sikit..)
  • iyakk = berak hahaha...
  • Nak = nak
  • Bak = bak
  • No no.. = no no
  • akut momok... = takut momok
  • nacik = nasi
  • pish = fish
  • tab = galaxy tab
  • top = laptop
  • minum = minum
  • bayar = bayar
  • shoes = shoes
  • boomm = baring
  • bag = bag
  • baby = baby

Apa lagi yer.... itu jer yang teringat di tatkala ini... ;P Next time lah update lain kalau teringat yang lain..

Alhamdulillah mommy syukur sangat dengan perkembangan Cik Cinta. Semoga anak mommy menjadi anak yang solehah, sihat & bijak! amin..

Oh ya hari tu (27/12/2011) masa pergi jab for chicken pox berat dah 10.4kg!!! =))



Last photo taken for the year of 2011... on the way balik kampung Bagan Datoh masa ni.. comel tak saya?? ekekeke

Nampak tak gigi saya??? tapi nampak gigi bawah jer 2 batang... yang atas x nmpak la pulak... huhuhu...


Wednesday, October 19, 2011

Macam-macam Cinta...


Assalam semua..

Sesaja nak share video anak dara i yang sorang ni... (^_^)

Kalau dapat naik memang tak mau turun2 dah! hihihihi


Thursday, October 13, 2011

Final pneumococcal vaccine jab for CINTA...

Assalam...

Kelmarin kami baru berkesempatan ke UMRA untuk Cinta amik pneumococcal vaccine jab. Ni kira final jab la for pneumococcal ni... alhamdulillah...semua nya ada 4 kali kalau tak silap...

Baby korang ambik tak jab ni? Cik Cinta ni ambik pun as advice from paed dia... actually optional vaccine ni ada dua, pneumoccocal & rotavirus. Paed tu memang galak kan sangat2 baby ambik pneumoccocal jab.. Mahal sikit lah cost dia ... tapi tak kisah lah as long as our baby sihat kan ;D
Weols memang ambik dua2 ni, selain dari injection yang memang wajib ambik tu.

The latest berat Cinta is 9.4kg yerrrrr kawan2.... ehehehehehe...

Cinta pun nangis kejap jer ;D gud gurl..... kali ni paed tak bagi paracetamol pun for in case kalau demam, sebab sebelum2 ni Cinta memang tak pernah demam kalau ambik jab. Alhamdullillah... hopefully kali ni pun tak demam yer sayang.... =)

Owh yer kali ni kene charged RM212 include consultation fees.


Kat sini ada info sikit about pneumococcol : sumber dari http://www.babycenter.com

What are the benefits of the pneumococcal vaccine?

This vaccine protects against pneumococcal (pronounced new-m'COCKL) infections, which mostly strike children under age 5 and can lead to some of the worst childhood diseases. Pneumococcal infections are one of the most common causes of death in the United States from a disease that's preventable through a vaccine.

Before the vaccine came along, pneumococcal infection caused more than 700 cases of meningitis, 13,000 blood infections, and 5 million ear infections in children under 5 every year, according to the U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). The vaccine is effective in up to 90 percent of people who get it.

The bugs responsible for pneumococcal are bacteria called Streptococcus pneumoniae. They live in the mucous lining of the nose and in the back of the throat. And when they're plentiful enough, they can cause an infection in the respiratory tract, middle ear, or sinus cavities. Antibiotics such as penicillin can kill them, but up to 40 percent of the strains are resistant to antibiotics.

Pneumococcal bacteria spread by close contact and through coughing and sneezing. Diseases such as meningitis and pneumonia can crop up within days of infection.

Symptoms of pneumococcal pneumonia usually include fever and chills with shaking or trembling, as well as chest pain, coughing, shortness of breath, rapid breathing, rapid heart rate, fatigue, and weakness. Nausea, vomiting, and headaches are also associated with pneumococcal pneumonia, but are less common.

Pneumococcal bacteria also cause some of the most serious ear infections in children.


What's the recommended schedule?

Recommended number of doses
Four doses.

Recommended ages

  • At 2 months
  • At 4 months
  • At 6 months
  • Between 12 and 15 months








Tuesday, October 4, 2011

Jalan-jalan cari makan...

Assalam & hi!! =)

Last Thursday we all sesaja jenjalan cari makan kat OU after office hour... dah lama rasanya tak kesana... asyik2 ke Sunway Pyramid, tak pun IKEA, tak pun ke Jusco Bukit Raja jer...ehehe

First time pergi after Jusco dia dah siap renovate... besar jugak!! =P


Sekarang ni bukan main lagi anak dara sorang ni.. nak jalan sendiri jer...dah tak mor duk dalam strolller dah... sampai ada masuk satu kedai tu, tengah syok2 tengok barang tetiba dia dah ada kat luar kedai dah.. haih!! nasib tak kena kipnap!! kalau tak boleh meroyan mommy.... hihihi


Tengok siap nak babai2 kita pulak tu... (^_^)

Sekarang cik daddy dah ada gf baru!!! jeles mommy!! =p


We all makan kat Johnny's Steamboat je... so far steamboat dia memang terbaik compare yang dekat Ikea..pada tekak daku lah.. maybe sebab sos dia tu kot..

Cik Cinta pun tengah sibuk nak tengok menu...ntah apa la yang nak di order nya tu...ish3...


OK dah jumpa .... "daddy... i want this..." ekekeke


Muka happy dapat makan!! sup her favorite..

Lastly harusla ada wajah mommy si kenit ni kan....hahahaha nak jugak tu!! ekekeke



Thursday, September 15, 2011

Cik Cinta jatuh katil

Semalam hati sangat risau sebab subuh semalam Cik Cinta jatuh katil!!!...

Terkejut, sedih, kesian, rasa bersalah sangat2... sebab dia terjatuh masa tengah nyenyak tidur.. menagis sampai tersedu2 pulak tu.

Kelam kabut terus bawa pergi KPJ Hospital, alhamdulillah lepas x-ray semua ok.. lega sikit. Tapi still rasa sedih + bersalah jugak.. =((. Sanggup EL sebab nak monitor Cik Cinta. & alhamdullilah semalam Cik Cinta active macam biasa...

Sorry sayang....



Thursday, September 8, 2011

Vroom Vroom... mekaseh daddy!!

Assalam...

Sebelum ni Cik Cinta kan memang dah ada hobby baru..... sangat lah pantang nampak kereta mainan yang kena bayar 3 hengget 5 minit tue... takpun segala macam kereta/lori/bas/kapal terbang yang kena masuk coin 50sen takpun singgit....

Nak2 sekarang ni mostly shopping mall semua ada benda alah tu... Cik Cinta kalau dah nampak mula lah cakap " tu tu tu" sambil tunjuk ke arah mainan tu dengan mata bulatnya... haih...

Pulak tu kalau dah naik xmor turun dah.. kalau benda tu benti pun dia ngamuk...hahahaha... pengsan la nak oiiii.....

Hari senin hari tu bila cik daddy balik kerja (me isnin tu still cuti lagi..) & keluarkan sebijik kete mainan ni bukan main excited lagi budak kecit ni...hahahahha.... terus nak test drive...ekekekeke

Mekaseh daddy for the great birthday present to our beloved princess... .





Tengok la aksi2 cik cinta yang sangat happy men test drive kereta baru nya.... siap joget2 lagi sebab ada music...hahahaha... cumils!!!tapi kereta ni ada remote control... so skang ni hari2 lah dia nak naik benda alah ni.... nasib baik lah umah sewaan kita ni bak padang futsal sayang oi... lapanggggg je sebab tak banyak barang pun... kui3....

Check up Cik Cinta setahun...

Assalam semua...

fuhhhhhh dah nak bersawang balik dah blog ni... nak kena update laju-laju lah nampaknya lepas ni.. hehehe..

7hb kelmarin kami ke UMRA sebab paed nak bagi Cik Cinta "hadiah" ... apa lagi dapat injection la kan... ekekeke

Injection setahun... "Measles, mumps and rubella (MMR)"

Sangat baik anak mummy ni tau..sebab langsung tak nangis!!! =) gud gurl la sayang!!!

Berat pun ok.. 8.8kg...

Perkembangan lain semua OK! yeay!!

Paed cakap maybe baby yang take this injection akan dapat alah macam bengkak2 ke, demam ke... tapi hopefully Cik Cinta kuat keh.. boleh pergi jenjalan raya lagi pasni.. raya sebulan lah katakan... hahahaha


UMRA dah cantik sekarang...., last time masa deliver kan Cinta tengah renovate..




budak tak reti duk diam.. nak bayar bil jugakkk...hehe


pastu jumpa paed... jenjalan cari makan la pulak... tapi cik daddy punya pusing-pusing ntah berapa kali tawaf sebab tak tau nak makan apa sampai terlena budak kecit sorang ni... dah abih & sampai rumah pun duk lena lagi... hehehe





Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Lahir Cinta Sofea Zara...

Assalam...

31 August 2011, genaplah setahun umur Cik Cinta... tak sangka kejap jer dah setahun Cinta bersama kami.. =)

Walaupun di umur setahun ni Cinta masih belum boleh berjalan dan tumbuh gigi... tapi mummy bangga sangat sebab dikurniakan dengan seorang anak yang sihat dan bijak!! biarlah orang lain nak kata anak mummy ni lambattt..... ada mummy kisah???? ;p

Teringat setahun yang lalu Cinta dilahirkan dengan cara yang cukup mudah..Walaupun Cinta dah terlebih due seminggu... tapi tetap tak ada tanda-tanda atau sakit nak bersalin pun.. tapi memandangkan dah terlebih due sampai seminggu terpaksa la mummy admitted juga dan diinduce.. admitted pun dalam keadaan yang sihat takda rasa sakit sikit pun!! =)

Lepas berbuka dalam pukul 10 malam masuk wad, pukul 12 diinduce sekali...pukul 6 pagi induces sekali lagi tapi still tak sakit sangat...dalam pukul 9 lebih pagi pecah air ketuban bersama berak baby... time tu lah baru rasa sakit. Tapi tak lama sebab terus ditolak masuk OT sebab takut baby lemas dan termakan berak dia sendiri. Alhamdulillah tepat pukul 11.46am lahirlah seorang puteri yang sangat comel!!! =)

Selama setahun ni pun Cinta tak pernah sakit teruk2...setakat demam2 biasa jer... tapi biasa lah mummy jer yang risau terlebih..hakhakhak.....

Tahun lepas Cinta dilahirkan dalam bulan Ramadhan, dan tahun ni birthday Cinta jatuh pada 2 syawal... so sambut birthday kat kampung jer.. =)

Malam raya pertama tu, ada buat makan-makan bbq dan potong kek untuk Cik Cinta dan nenek Cik Cinta yang birthday nya kenbetulan jatuh pada 1st September. Alang2 buat sekali je lah kannnn.....


Birthday kek angry bird untuk Cik Cinta.. thank you daddy... =)

Yeay Cinta dah besar!!!!




Tengok la excited sangat dia tengok kek tu.. first time nak potong kek ni.. hehehe


Apa pun I'm blessed to have an active and cute darling like her.... =) She still a doll to me...Will try my very best to give the best I could InsyaALLAH. Ameen... (^_^)

Happy Birthday sayang.... we love you so much!!!


To all Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga & Selamat Hari Merdeka!!! =)









Friday, August 26, 2011

Bos kecik tengah rehat..(^_^)

Yeay!! hari ni last day kerja before raya... =)
Tapi kami balik kampung ahad malam lepas berbuka, sebab weekend ni nak kena "service rumah" dulu... hehe...

Tahun ni memang turn beraya kat kampung cik daddy lah sebab last year memang sebulan kat ipoh je.. dah raya pun dalam pantang kan.....:p

Ok2 tujuan sebenarnya entry ni saja nak letak gambar bos kecik tgh rest after sehari suntuk keluar shopping dengan atok, nenek & makciknya hari ahad kelmarin... Malam tu cik Cinta penat sangat sampai tidur tak sedar apa dah... hehe

Tengok la tu, bukan main lagi dia lepak kat kerusi malas tu.... hamboi2... itu kalau dilayan hayun boleh lena tu.... tapi apa pun awak tetap comel bangat lah Cik Cinta !!! mummy sayang awak!!




Thursday, July 7, 2011

Puteri kesayangan mommy cirit birit =(

Masuk harini dah 5 hari puteri kesayangan mommy ni kena cirit birit.....dan muntah-muntah. Tapi muntah tak kerap sangat, sekali sehari but....still muntah kan. Cirit birit pulak sehari ada la dalam 3 - 4 kali. Kesian anak mommy ni tau.... kekadang tu lemah jer badan dia, yerla sebab kandungan air dalam badan dah kurang kan... makan pulak dah tak nak sangat. Susu FM pun sama... tapi nasib baik dia nak minum air masak dengan susu badan. Haus sangat dah agaknye.

Kelmarin dah bawa Cik Cinta ni pergi jumpa paed, doc just bagi air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula. According to doc juga, selagi she's still active, kencing ok, tak muntah banyak kali sangat still OK. If not kene admit masukkan air jer lah =(

Hope my sweetie pie ni dapat recover cepat lah... mommy risau okeh!! Berat badan pun dah turun... from 8.4kg to 7.7kg..


*** muka budak yang tak sihat... ***


**** tapi syukur still nak main-main lagi walaupun tak larat ****


Ini ada sikit info pasal cirit - birit:

sumber : http://www.infosihat.gov.my

Pengenalan

Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

  • Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
  • Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

  • Bakteria
  • contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
  • Virus
  • contoh; Norwalk virus, Rotavirus
  • Parasit
  • contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

  • Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
  • Reaksi ubat-ubatan
  • anti-biotik tertentu
  • Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
  • Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

  • Perut rasa memulas lebih kerap
  • Cirit-birit
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut/kejang
  • Kembung perut

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana

  • Mulut dan lidah kering
  • Bibir merekah
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
  • Gelisah
  • Tidak kencing sehingga 4-6 jam
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

  • Kulit kering dan berkedut
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Sukar bernafas
  • Nadi yang lemah dan cepat
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

  • Tanda-tanda dihidrasi
  • Darah pada najis atau najis bewarna hitam
  • Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
  • Hilang berat badan
  • Mengantuk dan kelihatan lali
  • Demam > 38 darjah selsius
  • Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
  • Jangkitan Sistemic (systemic infection)
  • Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
  • Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah

  • 30 hingga 90mls setiap jam

Umur 6 bulan hingga 1 tahun

  • 90 hingga 120mls setiap jam

Umur atas 1 tahun

  • 120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan

  • Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
  • Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
  • Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Susu

  • Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

  • Tidak selamat untuk bayi dan anak
  • Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik

  • Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor

Krim-krim semasa

  • Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk Diarrhoea kronik

  • Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?

  • Minum air yang dimasak
  • Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
  • Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
  • Buang lampin pakai buang dengan betul



Sumber : http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2010/05/maklumat-penting-jika-anak-cirit-birit.html

1. Antara faktor-faktor cirit-birit

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:

a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.

5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?

Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?

Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.


p/s : Sharing is caring =)


NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker