Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Hand Foot Mouth Disease

Khamis malam Jumaat kelmarin memang dah rasa dah badan Cik Cinta macam dedar sikit... tapi tak la panas sangat pun. Tapi masa tengah tidur tetiba Cik Cinta menangis... rasa badan dia dah panas sangat dah. Uishh risau jadi nya sebab dah lama Cik Cinta tak demam..

Pastu aku pun terus laa zasss pergi ambik air nak jelum kepala dia dan kool fever.. sebelum tu kejutkan cik daddy suh tengok2 kan cik cinta kejap..

Sakit sangat lah tu..sampai menangis, sebab biasanya Cinta kalau tidur sampai ke pagi dia lena.. Lepas menggunakan segala kepakaran yang mummy nya ada untuk memujuk baru lah lena balik..

Jumaat lepas kerja jemput Cik Cinta dari rumah pengasuh nampak ada bintik2 merah tapi tak banyak lah.. tapi ada kat tangan dengan kaki jer. Bagi tau daddy takkan lah kena lagi HFMD or penyakit tangan kaki dan mulut ni... sebab last year dah pernah kena dah.

Esok pagi terus ke klinik nak confirmkan.. hmm sah!! HFMD lagi!!!

Haih dari mana la dapatnya ni.. sebab bila diingat balik memang minggu tu kami tak pergi mana pun... Weekend pun tak kemana.

Tanya cik daddy ada tak budak lain kat umah pengasuh tu yang kena. Sebab memang hari2 cik daddy akan jemput cik cinta dulu baru jemput mummy... dia cakap takda pulak nampak.. Ish macam tak puas hati jer rasa..

Kali ni bubbles banyak dari dulu...dekat mulut pun banyak.. dulu kat luar mulut takda langsung.. kali ni kat luar ada kat dalam pun ada. Kesian tengok dia..tapi alhamdulillah masih boleh makan dan nyusu...

Kat rumah semua mummy dah buat operasi habis segala toys dengan rumah2 sekali mummy basuh dengan dettol... biar semua kuman2 tu mati.

Demam nasiblah sehari dua tu jer.. cuma bubles/bintik2 tu jer ambil masa sikit nak hilang.. sapu dengan cream dan camomile lotion sampai 4 -5 kali sehari... hahhaha

Disebabkan itu juga lah mummy terpaksa lah ambik EL jaga awak tau.. sapa lagi kan?? bak kata Dr. Syed Nazri (KJMC).. biasalah selalunya mak yang kena ambil cuti jaga anak. See nampak sangat apa2 pun mak...macam mana lah anak tak sayang mak lebih kan.. =P


Tapak kali yang paling teruk sekali.. =((


See kat area mulut pun ada jugak... takpe2 sayang lepas ni kita sapu lotion banyak kasik cun balik okeh!! (^_^)


Dalam pada sakit2 pun tetap aktif yer anak dara i ni.... luv u sayang... cepat baik eah.. weekend ni nak berjalan kan... yeay sukeeee!!!!.... =D




Ni ada sikit info pasal penyakit tangan kaki dan mulut: sumber dari info sihat

Definisi

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab

Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala

  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak

Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?

Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?

Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?

Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.

Bagaimana diagnosis dijalankan?

Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.

Rawatan

Tiada rawatan yang khusus.

  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi

Pencegahan

  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti

Komplikasi

Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?

Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?

  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar

Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-

  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama


Thursday, September 15, 2011

Cik Cinta jatuh katil

Semalam hati sangat risau sebab subuh semalam Cik Cinta jatuh katil!!!...

Terkejut, sedih, kesian, rasa bersalah sangat2... sebab dia terjatuh masa tengah nyenyak tidur.. menagis sampai tersedu2 pulak tu.

Kelam kabut terus bawa pergi KPJ Hospital, alhamdulillah lepas x-ray semua ok.. lega sikit. Tapi still rasa sedih + bersalah jugak.. =((. Sanggup EL sebab nak monitor Cik Cinta. & alhamdullilah semalam Cik Cinta active macam biasa...

Sorry sayang....



Thursday, July 7, 2011

Puteri kesayangan mommy cirit birit =(

Masuk harini dah 5 hari puteri kesayangan mommy ni kena cirit birit.....dan muntah-muntah. Tapi muntah tak kerap sangat, sekali sehari but....still muntah kan. Cirit birit pulak sehari ada la dalam 3 - 4 kali. Kesian anak mommy ni tau.... kekadang tu lemah jer badan dia, yerla sebab kandungan air dalam badan dah kurang kan... makan pulak dah tak nak sangat. Susu FM pun sama... tapi nasib baik dia nak minum air masak dengan susu badan. Haus sangat dah agaknye.

Kelmarin dah bawa Cik Cinta ni pergi jumpa paed, doc just bagi air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula. According to doc juga, selagi she's still active, kencing ok, tak muntah banyak kali sangat still OK. If not kene admit masukkan air jer lah =(

Hope my sweetie pie ni dapat recover cepat lah... mommy risau okeh!! Berat badan pun dah turun... from 8.4kg to 7.7kg..


*** muka budak yang tak sihat... ***


**** tapi syukur still nak main-main lagi walaupun tak larat ****


Ini ada sikit info pasal cirit - birit:

sumber : http://www.infosihat.gov.my

Pengenalan

Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

  • Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
  • Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

  • Bakteria
  • contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
  • Virus
  • contoh; Norwalk virus, Rotavirus
  • Parasit
  • contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan

  • Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
  • Reaksi ubat-ubatan
  • anti-biotik tertentu
  • Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
  • Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?

  • Perut rasa memulas lebih kerap
  • Cirit-birit
  • Mual dan muntah-muntah
  • Demam
  • Hilang selera makan
  • Sakit perut/kejang
  • Kembung perut

Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana

  • Mulut dan lidah kering
  • Bibir merekah
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
  • Gelisah
  • Tidak kencing sehingga 4-6 jam
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

  • Kulit kering dan berkedut
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
  • Enggan makan
  • Mata cengkung
  • Sukar bernafas
  • Nadi yang lemah dan cepat
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

  • Tanda-tanda dihidrasi
  • Darah pada najis atau najis bewarna hitam
  • Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
  • Hilang berat badan
  • Mengantuk dan kelihatan lali
  • Demam > 38 darjah selsius
  • Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?

  • Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
  • Jangkitan Sistemic (systemic infection)
  • Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
  • Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah

  • 30 hingga 90mls setiap jam

Umur 6 bulan hingga 1 tahun

  • 90 hingga 120mls setiap jam

Umur atas 1 tahun

  • 120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan

  • Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
  • Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
  • Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Susu

  • Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
  • Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

  • Tidak selamat untuk bayi dan anak
  • Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik

  • Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor

Krim-krim semasa

  • Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.

Rawatan untuk Diarrhoea kronik

  • Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?

  • Minum air yang dimasak
  • Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
  • Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
  • Buang lampin pakai buang dengan betul



Sumber : http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2010/05/maklumat-penting-jika-anak-cirit-birit.html

1. Antara faktor-faktor cirit-birit

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:

a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.

5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?

Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?

Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.


p/s : Sharing is caring =)


Wednesday, February 10, 2010

::One weeks @ two Hospital ::


Salam uols....da lama sgt2 rasa x b'update blog ni...
dah naik bersawang dah...
Biasa lah tuan punya blog x bape nk sehat...emosi x bape nk betul...huhuhu..

Keh...berbalik pada tajuk...
last week mmg badan ni x sehat tahap maksima dah rasanye...
sgt teruk alahan & muntah2...
berjalan pun rasa nk pengsan je dah.....
sampai nk mkn & minum ape pun x bole diterima badan neh...
naik kurus kering jugak la...
mana taknye dalam masa sebulan haku nye berat bole turun sampai 8.5 kg!!!!
Byk tue kn....
Sebelum ni klu nk turun kn sekilo pun bukan main lg payahhhhh nye... haih!
ni sekejap je leh turun sampai byk camtuh!!!

Tp klu turun berat badan sehat walafiat takpe la jugak kn..
ni nk bawak diri pun x terdaya....
xleh jadik!!

At last selasa aritue kena admitted hospital 2 hari sbb kena masuk air...
Tp bile da discharge tue rasa mcm sama je....
tade beza langsung!!!
Still jugak muntah2 mcm nk pengsan!....

So on friday tue da xleh tahan sgt kiteorg pg plak hospital lain..
Hospital Bersalin Razif kat Klang....kt situ pun Dato' Razif tue suh masuk wad blk...
Mak ai....nk kena masuk wad blk!!!
Tp kt sini ok la alhamdullilah la ok sikit rasenye...
sbb doc pun cakap kt sini kena wat agresif sikit...
sbb nye baru je kuar hospital dah kena masuk blk..
3 hari jugak la kt ospital...hari ahad baru leh discharged....

Tp doc bg MC sampai lg 2 hari...sampai hari selasa...
So....hari ni baru la haku masuk opis...
stelah sekian lama MC.... ehehehehe....
Tp alhamdullillah...skang da bole mkn minum sikit2...
sbb berbekalkn ubat tahan muntah... ehehehe...

Key lah...dah penin la plak...
nk sambung wat keje pulak... :)







NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker