Wednesday, August 10, 2011

Video Pelajar Malaysia dipukul dan dirompak dalam rusuhan di London



Assalam,

Kesian sangat bila tengok video ni, semalam pun ada keluar kat berita. Menurut sumber, ini merupakan pelajar Malaysia kita Mohd Asyraf Hazlan. Asyraf yang ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah kawannya.

Dalam klip video selama satu minit lebih ini. Kelihatan Asyraf Hazlan terduduk keletihan selepas dipukul dengan teruk. Bukan setakat itu sahaja, malahan barang² peribadinya juga dirompak oleh sekumpulan lelaki yang berada berhampiran beliau. Sungguh takde hati perut langsung diaorang ni tau!! ish gerammm pulak.

Asyraf Hazlan yang mengalami kecederaan yang teruk di bahagian rahang, kini dirawat di Hospital Royal London

Kota London yang selama ini aman dan selamat bertukar menjadi huru-hara selepas tercetus rusuhan sejak Sabtu lalu, berpunca kematian se orang remaja kulit hitam yang ditembak oleh polis.



Sumber Rujukan: Video Pelajar Malaysia Dipukul Dirompak Dalam Rusuhan Di London by|




No comments:

Post a Comment

NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker