Ermm Ramadhan hampir tiba lagi...=)
Agaknya mungkin ramai yang dah menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak kali ni kan.. pada yang dah ganti puasa alhamdulillah..... pada yang sempat puasa sunat pun alhamdullilah...semoga bertambah-tambah pahala kalian semua.... (^_^)
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini jugak, saya ingin memohon berbanyak kemaafan andai ada tersalah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak.
Marila kita sama-sama berdoa agar kita semua dapat memanfaatkan peluang Ramadhan yang dikurniakan ini untuk memperbaiki dan mendekatkan diri kepada pencipta ALLAH yang Esa. Semoga kita semua dikurniakan dengan rahmat pengampunan dan pembebasan dari neraka Allah SWT serta diketemukan dengan Lailatul Qadar... Amin...
Ok..di sini ku sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa.
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem 1432 Hijrah!! =)
p/s: sangat berharap tahun ni dapat berterawikh di rumah berimamkan cik daddy... insyaALLAH....
sama-la su.. maaf tersalah kata... happy ramadhan... semoga tidak kita diharamkan dari rahmat dan hidayah Allah s.w.t... tq sebab share niat and doa semua
ReplyDeleteselamat berpuasa jugak su :)
ReplyDeletezety : insyaALLAH...same2!
ReplyDeletelily: =)
ReplyDelete