Assalam..
Selama ni aku asyik story pasal anak daraku si Cik Cinta jer kan... Hari ni aku nak cerita sikit pasal kami laki bini pergi spa semalam :p
Sebenarnya dah lama dah aku beli voucher ni from Milkadeal tu, dalam bulan May hari tu rasanya. Tapi baru semalam kami sempat pergi spa tu. Sure ramai jugak kan yang pernah beli any deal from Milkadeal ni.. sebab memang sangat berbaloi-baloi =)
Ni kira first time ok, bought from Milkadeal ni, sepatutnya kitaorg memang dah set appointment on 3rd of July, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...terpaksa la cancel...tukar date lain.
So semalam, after office hour, terus la kami ke spa tue, Spa Emperor Damansara Utama. Nasib dekat la jugak spa tu dengan office kitaorang...ehehehe. Cik Cinta pulak haruslah tinggalkan kat rumah babysitter dia... sian dia balik lambat sikit semalam..
** Ni la rupa spa tue... =) # credit to mr.google!
Package yang kami ambik ni include full body massage for 1 hour, aroma ear candling, full body scrub & jacuzzi bath.. berbaloi kan dengan RM68 jer sorang! Sebab tu la aku ajak incik daddy sekali. Kebetulan dia memang ada offer untuk couple. =) ... Ni first time ok cik daddy pergi spa... ahahahaha... pergi dengan bini boleh la... kalau pergi sendiri... no no no no no la kannnn..kui3...
Best ok sekali sekala memanjakan diri kat spa ni...tambah-tambah dengan incik hubby muahahaha....
*** cik daddy, next time sila belanja i pulak! ;P
Tapi kannnnnnn dekat sana ada satu incident jadi yer. Masa tengah bersiap nak massage tu, aku perasan yang gelang batal air semayang masa nikah dulu takde kat pergelangan tangan aku dah.... perghhh gila lah cuak time tu,ntah masa bila tercicir pun tak tau. Abis semua digeledah... tapi still tak jumpa jugak kat bilik tu.. =(
Tapi alhamdulilah masa nak balik tu kan, rupanya gelang tu terjatuh kat tepi pintu kereta. Mujur la takda orang nampak & rembat. Kalau takkkkkkk nangis mak!!!! =)
No comments:
Post a Comment