Masuk harini dah 5 hari puteri kesayangan mommy ni kena cirit birit.....dan muntah-muntah. Tapi muntah tak kerap sangat, sekali sehari but....still muntah kan. Cirit birit pulak sehari ada la dalam 3 - 4 kali. Kesian anak mommy ni tau.... kekadang tu lemah jer badan dia, yerla sebab kandungan air dalam badan dah kurang kan... makan pulak dah tak nak sangat. Susu FM pun sama... tapi nasib baik dia nak minum air masak dengan susu badan. Haus sangat dah agaknye.
Kelmarin dah bawa Cik Cinta ni pergi jumpa paed,  doc just bagi air garam rehidrasi (
oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula. According to doc juga, selagi she's still active, kencing ok, tak muntah banyak kali sangat still OK. If not kene admit masukkan air jer lah =(
Hope my sweetie pie ni dapat recover cepat lah... mommy risau okeh!! Berat badan pun dah turun... from 8.4kg to 7.7kg..
 *** muka budak yang tak sihat... ***
*** muka budak yang tak sihat... *** **** tapi syukur still nak main-main lagi walaupun tak larat ****
**** tapi syukur still nak main-main lagi walaupun tak larat ****
sumber : http://www.infosihat.gov.my
Pengenalan                       Cirit-birit  biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia  biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa  menyebabkan  komplikasi-komplikasi lain.
                   Apakah Diarrhoea?
                   Diarrhoea  adalah satu keadaan dimana saluran najis  menjadi longgar dan najis berair.  Najis akan keluar lebih kerap  daripada biasa. 
     - Diarrhoea akut – terjadi       dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu 
- Diarrhoea teruk (kronik) –       berterusan hingga lebih dua minggu. 
Apakah penyebab diarrhoea?
                   Biasanya  diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada  usus disebabkan oleh makanan atau air  yang tercemar. Ia juga boleh  disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini  sangat jarang berlaku.
                   Sebab-sebab jangkitan:
                   Tranmisi  biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain
             - Bakteria 
- contoh.; Shigella,       Campylobacter, Escherichia coli 
- Virus 
- contoh; Norwalk virus,       Rotavirus 
- Parasit 
- contoh;. Giardia lambdia,       Entamoeba histolytica 
Bukan sebab-sebab jangkitan
                   - Toleransi kepada makanan –       tiada toleransi terhadaplaktosa 
- Reaksi ubat-ubatan
- anti-biotik tertentu 
- Penyakit berkaitan usus –        inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu  untuk       menghadamkan lemak. 
- Functional bowel disease       (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus) 
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
                 - Perut rasa memulas lebih       kerap 
- Cirit-birit 
- Mual dan muntah-muntah 
- Demam 
- Hilang selera makan 
- Sakit perut/kejang 
- Kembung perut 
Kanak-kanak  mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.
                   Bagaimana mengenal dihidrasi?
                   Dihidrasi  ringan dan sederhana
     - Mulut dan lidah kering 
- Bibir merekah 
- Tiada atau hanya sedikit       sahaja air mata jika menangis 
- Gelisah 
- Tidak kencing sehingga 4-6       jam 
- Ubun-ubun kepala bayi       tenggelam 
Dihidrasi  teruk (kronik)
                   Semua  tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :
 - Kulit kering dan berkedut 
- Kanak-kanak kelihatan tidak       bermaya, sangat letih dan tidak aktif 
- Enggan makan 
- Mata cengkung 
- Sukar bernafas 
- Nadi yang lemah dan cepat 
- Tangan dan kaki terasa       sangat sejuk 
Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi  perhatian?
                   Dapatkan  rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :
 - Tanda-tanda dihidrasi 
- Darah pada najis atau najis       bewarna hitam 
- Cirit-birit yang berterusan       hingga lebih 48 jam 
- Hilang berat badan 
- Mengantuk dan kelihatan lali 
- Demam > 38 darjah selsius 
- Enggan makan 
Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
                   - Organ badan tidak berfungsi       termasuk kegagalan ginjal 
- Jangkitan Sistemic (systemic       infection) 
- Tiada toleransi terhadap       laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance) 
- Rasa sakit disekeliling       kawasan dubur 
Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat  diarrhoea?
                   Rehidrasi
                    Penting  untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
                   Teruskan  penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
                   Sekiranya  bayi tidak menyusu badan – teruskan  memberi bayi makan makanan biasa dan minum  air garam rehidrasi ORS  (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi 
                   Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu  diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
                   
                   Umur bayi  6 bulan ke bawah
                   - 30 hingga 90mls setiap jam
                       Umur 6  bulan hingga 1 tahun
                   
                   - 90 hingga 120mls setiap jam
                       Umur atas  1 tahun
                   
                   - 120 hingga 240 mls setiap       jam
Fasa pemulihan
                   - Apabila keadaan anak        bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan.  Dengan       perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera  anak tersebut. 
- Makanan biasa boleh       dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih. 
- Keadaan najis akan kembali       normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea. 
Susu
                   - Elakkan daripada menukar       susu formula sesuka hati 
- Dapatkan nasihat doktor jika       anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda. 
Perubatan
                   Perubatan  untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana : 
             - Tidak selamat untuk bayi dan       anak 
- Daya tahan melawan jangkitan       akan terganggu 
Anti-biotik
                   - Secara umumnya tidak perlu       –dapatkan nasihat doktor 
Krim-krim semasa
                   - Krim seperti jeli petrolium       dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi       yang sakit. 
Rawatan untuk Diarrhoea kronik
                   - Siasatan dan penilaian        terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk        kes-kes diarrhoea yang teruk
Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada  kanak-kanak?
                   - Minum air yang dimasak 
- Elak makanan yang mentah       kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih. 
- Cuci tangan dengan bersih        selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan  sebelum       memegang makanan. 
- Buang lampin pakai buang       dengan betul 
Sumber : http://klinik-ibuaiman.blogspot.com/2010/05/maklumat-penting-jika-anak-cirit-birit.html1. Antara faktor-faktor cirit-birit
a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea2. Apakah parentral diarrhea?
Parentral  diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa  kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak.  Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada  kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak  terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan  menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka  virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam  saluran penghadaman.
3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?
Perkara 
UTAMA  yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami  cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak  berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar  kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami  dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah  mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan  mereka yang kecil.
4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?
Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:4.1 Bagi bayi:
a.  Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun  terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan  air.
b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.
c. Bibir kering, lidah kering
4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:a. Bibir kering dan berkeruping
b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)
c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.
JIKA  TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA  SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU  MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.
5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?
Rawatan  cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang  dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit,  para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan  simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan  ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat  diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman  di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih  memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa  dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.
6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?
Perkara  yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami  dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air  dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak  gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan  memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda  mengalami dehidrasi.
7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?
Jika  anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan  penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika  anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit  kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan  keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak  atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.
8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?
Cirit-birit  memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit  adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis  selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati  daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.
p/s : Sharing is caring =)  