Thursday, October 11, 2012

Doa Makan Bersama Cik Cinta

Assalamualaikum semua (^_^)

Bangga kejap mommy diumur 2 tahun Cik Cinta dah pandai & hafal doa makan..ehehe,,, sebelum umur 2 tahun lagi dia dah pandai sebenarnya..dah ada irama nya...tapi banyak dengar hujung nya je.. sebab cik Cinta suka baca laju sangat macam ketapi..hahaha

Ni dapat record sebab suruh dia baca slow-slow sikit...=)

Tapi abis semua bacaan...tak kira la doa dalam solat ke doa lepas azan ke...doa makan jugak yang dibacanya...cuma kalau tengah solat tu dia baca "doa makan" tu ala-ala berbisik..sebab selalu tengok daddy & mommy dia solat baca slow-slow je...tu yang dia terikut tu...kelakar tgok nya.

Cuba nak train baca Al-Fatihah pulak sebenarnya...moga suksess!! eheehee



Mari baca doa makan dulu yer kawan-kawan! =))


Monday, October 8, 2012

Dah pandai tidur sendiri

Assalamualaikum..

Wah kali ni memang bebetul lama sangat tak update blog ni.. banyak sangat story nak share..macam-macam dah jadi..dah pindah rumah, dah bertukar kerja, birthday Cik Cinta yang ke-2 tahun.. short vaccay to Pangkor, ke Lost World of Tambun lagi.. macam-macam lagi lah..owh pasal raya tahun ni pun tak sempat nak buat entry...Insha-ALLAH kalau ada masa nanti nak update juga.

Kali ni just nak share story yang anak dara kesayangan daku dah boleh tidur sendiri kat cot dia.. =)) Almaklumlahhh katil kami size queen je...selama ni tidur bertiga dah macam apa dah...nak2 cik cinta jenis lesak..selalu sangat tetiba kaki dia dah ke muka..


Tapi sebelum dia lena tu macam biasa la..kena pegang tangan dia... ntah kenapa rasa safe kot kalau pegang tangan kita.ye ker? theory aku jer.. kalau kita lepas mula la "mommy pegang hand cinta.." . Tapi bila dia dah lena takpe dah.. tapi yang pelik elok je pulak tu...takda lah pulak nak lesak sangat..padahal cot tu kan kecik jer..

Apapun alhamdulillah dah berjaya train tidur katil sendiri....walaupun katil sebelah-sebelah jer.Nanti-nanti boleh la nak train tidur bilik sendiri pulak. Tapi kalau tidur bilik sendiri mommy yang tak lena tidur pulak..haihh..ate camne tu??





Thursday, June 21, 2012

Supplement SHAKLEE

Assalam semua...

Kali ni I nak share sikit story pasal SHAKLEE, sebenarnya I pun bukan lah arif sangat pasal produk-produk SHAKLEE.. masih belajar-belajar lagi. Tapi base on survey yang I tengok (sekarang ni senang jer kalau nak dapatkan info..segalanya dihujung jari jer..hihi) mostly ramai yang berpuas hati dengan produk ni. Banyak testimoni yang best-best after diaorang consume produk SHAKLEE ni.. which is good la kann... =)

Lagi satu yang PALING UTAMA.... produk ini adalah HALAL!! 



So buat masa ni I tengah consume makan HERB-LAX dan LECITHIN so far kesan dia alhamdulillah best.. and now I nak try Energizing Soy Protein, Cinch and  Vita-E pulak..Tambahan bulan JUNE ni ada promo untuk VITA-E .. So rugi lah kalau tak grab kan.. =)



Di sini ada info sikit pasal VITA E ni ye kawan-kawanku sekalian:


Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
• Membantu menyihat dan menyegarkan kulit dan rambut.
• Agen anti-oksida yang membantu mengawal sel kanser
• Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
• Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
• Boleh dijadikan sapuan pada lebam dan parut.
• Dengan membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit


Banyak lagi la kelebihan dia, korang boleh tanya en. google.. hihihi

Dibawah ni ada contoh testimoni bergambar, menakjubkan juga hasilnya..just after 6 weeks consume Vita E ni. .. haaa kan saya teruja..ANDA bagaimana?? mesti ada rasa teruja juga sesikit kan kan kan..ekekeke

So mari lah reramai kita try VITA E ni..supaya raya ni boleh la kulit kita akan lebih flawless gitu  (^_^)



Pn. Aishah - After 1 month and 2 weeks menggunakan VIT E.. Ini lah hasilnya... Kulit rasa lebih flawless.. Sekarang ni dh stat guna vit e & vit c.. Alhamdulillah.. Hasil yg lebih positive.. Bekas jerawat dah makin hilang.. Thank you my dearie sis Nur Najmah Salleh for introducing me such an awesome product.. Dia yg perasan muka saya kusam dan tak berseri dan suggest ambil vit e... Tq tq :-) Mmg Vit e ni kene makan dgn konsisten... Saya tak pernah tinggal utk mkn vit E setiap hari.. Sekarang dh stat mkn vit E dan Vit C...



Jadi apa tunggu lagi bulan ni ada harga yang berbaloi-baloi untuk VITA E ni , kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi I okeh untuk mendapatkan harga yang menarik dan tertarik  =).. Untuk produk SHAKLEE lain pun boleh.. hubungi je saya k (^_^)



Suhaida Suhaimi [ Sue ]
Shaklee Independent Distributor [ID No: 866661]
012-222 7015 [suhaidasuhaimi@yahoo.com]






Thursday, May 31, 2012

Langkawi with Love : Part 4 (Final)

Assalam peeps,

Agak lama juga nak sambung buat entry pasal our trip ke Langkawi kelmarin. Ok ni last entry pasal trip ke Langkawi tu. hehe mesti dah bosan kan langkawi tak abis-abis...hahahahaa

Malam kedua kami kat sana kami dinner di Wonderland Seafood yang terletak kat area Kuah. Memang sangat-sangat disyorkan kalau nak seafood kat sini. Memang sedap dan harga pun berpatutan!! (^_^)




Hari terakhir before pulang ke pangkal jalan  =P..kami just shopping kat HIG dan pusing-pusing pekan Kuah & area jetty.








Keluarga kecil kesayangan daku... =)


Sebelum ke airport kami singgah lunch kat "JOM Ikan Bakar" area Padang Mat Sirat..dekat sangat dengan airport.


Cik daddy yang perasan Brad Pitt with his anak dara kesayangan...=P




Luggage yang dah bertambah..hahahaha...

Bubye Langkawi..........

Semoga ada jodoh kita lagi..ekekeke



Thursday, May 24, 2012

Birthday cik daddy

Ampunkan saya dah lama berlalu baru nak update pasal birthday cik daddy..

14th May, cik daddy dah melangkah ke 3 series..huhuhu..sila sedar diri ye anda sudah semakin berusia.. =P

Ermm takda apa-apa celebration yang gah sangat pun.. Kami dua beranak bagi surprise pavlova saje for cik daddy..hihihi...kira boleh la kan...

Tapi cik cinta pun excited sama nak tiup lilin..sabar yer..nanti bulan 8 mintak daddy belikan kek tau....







Thursday, May 10, 2012

Langkawi with love : Part 3

Salam & hi all..

Lama betul nak amik mood menulis kat blog sekarang ni. Malas sangat dah sekarang ni..;P

Bersambung dari last entry, after jalan-jalan, amik-amik gambar dekat kapal-kapal tu semua. Kami terus ke Pantai Chenang, tujuan utama sebab nak survey pakej Island Hopping esoknya. Sebelum ni banyak terbaca dekat forum-forum yang pakej Island Hopping dekat area AB Hotel murah. Memang betul pun kami dapat pakej Island Hopping tu RM25 seorang. =), dan dia ada dua sesi pukul 9.00 pagi & pukul 2 petang. Kami pilih yang pagi... petang panas!! huhu

Bila dah settle semua..perut yang lapar mintak diisi.. atas suggestion seorang kakak yang memang stay kat Langkawi ni kami ke Restoran Nelayan. Kat sini memang famous dengan seafood yang fresh. Harga pun berpatutan. =)

Sebelum balik ke bilik sempat lagi kami singgah ke Haji Ismail Group (HIG) saja untuk survey dulu..hehe


ISLAND HOPPING

Pepagi dah bangun, breakfast kat gerai area bangunan MARA tu. Murah dan sedap!! =D

Then terus pecut ke AB Motel Pantai Chenang,sebab van derang yang akan bawa ke jeti dekat Awana Porto Malai.
 


First time ni Cik Cinta naik bot.. risau jugak memula tu, takut terpelanting pulak anak dara daku ni...bukan main kuat ioalss peluk dia. huhuhu. Cik Cinta pula steady je..tak takut langsung bot lelaju tu..haih la anak.. mak ko yang hover cuak..hahahahaaa



First destination Pulau Beras Basah... sangat cantik pulau ni...Air dia jernih..memang boleh nampak ikan berenang-renang.. Kat sini diberi masa lebih kurang setengah jam rasanya..Apa lagi ambik kesempatan mandi manda la..ehehe..


 

Cik Cinta dah tukar uniform!!! =)) Dia memang hantu air..pantang nampak air..







Gambar wajib kat signage " BERAS BASAH"
 
♥ One Happy Family  ♥
 








Dekat pulau ni ada cafe..tapi tiada tandas ye kawan-kawan..so pepandai lah kalau ada sesiapa yang nak buat project..kui3...


Seterusnya kami dibawa ke Pulau Singa Besar, kat sini memang banyak burung helang. Pemandu bot ni pun ada bawa ayam untuk bagi burung-burung ni makan.


Tengok burung ni dari atas bot


Last destination kami ke Tasik Dayang Bunting, ada cerita yang mengatakan sesiapa yang berkehendak kan zuriat bila minum air tasik ni insyaa ALLAH boleh termakbul.Wallahualam....



Cuba perati bukit tu betul-betul.. Bentuk seorang perempuan bunting yang sedang baring. Ada kepala, ada dada, ada perut dan kaki. Dari situ la tasik dayang bunting ni mendapat nama. Kisah dayang bunting yang semadikan anak dia dalam tasik ni korang search la sendiri kat mr.google...huhu

Aku suka sangat-sangat tasik Dayang Bunting tu. SubahanaAllah, cantik dan tenang sangat-sangat tempatnya (^_^)







Untuk pergi ke kawasan tasik tu, trek disediakan tapi memang kena redah hutan dan naik turun bukit sikit la. Orang tua memang tak larat la rasanya.. Tapi sangat berbaloi sebab tempat dia cantik sangat okeh.


Akhirnya sampai juga kami ke kawasan tasik dayang bunting ni. Kat sini ada di sediakan untuk beriadah ape benda ntah yang macam basikal yang kena kayuh dalam air tu.. Selain tu, kita juga boleh berenang dalam tasik ni dalam area yang telah dibataskan. Kanak-kanak pun boleh berenang, ade tempat khas untuk diorang.

Tetapi kat sini tiada life guard okeh..aku memang confirm tak kan mandi lah kan..cer korang tengok kedalaman tasik tu.. 10 meter ye.. owh TIDAKKKKKK.....muahahahhaa.. aku main celup-celup kaki je cukup.


Tapi anak dara ni memang pantang nampak air..nasib memang ada tempat budak disediakan.




Cik Cinta dah tak sabar-sabar nak terjun dalam tasik.. siap bole kuak lentang bagai..huhuhu



Bukan semua orang penakut macam aku...ada je orang yang berani berenang kat tasik tu. ;P

Lebih kurang pukul 1.30 petang juga lah kami pulang semula ke jeti. On the way dari tasik dayang bunting ni ke jeti Cik Cinta bole lena tidur walaupun duduk. Kena pulak angin laut tu.. penat sangat berendam la tu. Kesimpulan nya memang best okeh.. teringin nak pergi lagi. Tapi lambat lagi la kot...huhuhu


BERAS TERBAKAR

Petang tu before balik hotel kami ke Beras Terbakar pulak, tujuan utama bukan nak tengok sangat beras terbakar tu. Memang dah tau dah tak ada sangat dah pun beras terbakar nya. Tujuan utama sebab nak beli kain batik & kain pelekat buat ole-ole je.ekekeke..


Ni je lah beras terbakar yang tinggal..ada sepinggan tu je diaorang letak.


Tapi rumah ni adalah cantik!


Cik daddy yang dah serabai dan penat terpaksa melayan puteri kesayangan sementara cik mommy menyopping kain batik. =)

Budak comel yang tak tau penat!! hihihi







Tuesday, April 24, 2012

Langkawi with love : Part 2

Hi peeps,,,

CABLE CAR DI GUNUNG MAT CINCANG

Mari kita sambung story pasal langkawi lagi..still day 1 yer.. petang tu lepas dah lepak-lepak kat bilik..kasi wangi-wangi kami keluar ke destinasi yang pertama iaitu naik cable car kat Gunung Mat Cincang. Planning nak bagi si kenit tu tidur dulu, tapi harapannnnnn.... daddy nya yang tidur..hahahaha..

'Cable Car' sepanjang 919.5m ni telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia. Dan ia juga di antara cerun yang tercuram di dunia , pada kecerunan 42 darjah. Jadi amatlah rugi nya kalau dah datang Langkawi tapi tak naik benda nih. Cik daddy dan Cik Cinta first time nak naik ni.. cik mommy dah pernah naik..so boleh berlagak dengan daddy..muahahaha...

Harga tiket adalah RM15 bagi dewasa untuk pemegang MY KAD... jadi jangan lupa yer kawan-kawan bawak  MY KAD.. kalau tak nangis jugak nak kena bayar RM30.00 (^_^)






Alhamdulillah time kami pergi ni bukan peak hour so takda la kena tunggu lama pun nak naik. Sebab kalau time cuti sekolah..mau berjam-jam jugak la beratur.






Cik Cinta yang sedang menikmati pemandangan ciptaan ALLAH yang sangat indah =)



Kena mendaki sikit yer untuk ke jambatan kabel tu..gagahkan jugak la mendaki sebab sangat lah rugii w0o0o0ooo kalau tak pergi ke jambatan itu =P


Cik Cinta sedang melaporkan ke nenek dia yang dia dah berjaya menawan Gunung Mat Cincang..muahahaha.. sangat serius muka dia berborak dalam telefon tu.



Best gila kat atas tu. Rasa dingin je...dengan angin yang bersepoi-sepoi tu..ehee..Kalau cuaca baik kita juga berpeluang nampak Thailand.






Turun je dari atas kami pusing-pusing kat Village Oriental ni. Macam-macam ada kat sini. Ada kedai-kedai souvenir, ada binatang-binatang juga. Macam kuda etc. Siap boleh bagi ikan-ikan ni makan lagi. Makanan ikan ada jual RM1 sepaket.


TELAGA HARBOUR PARK


Turun daripada Oriental Village tu kami terus Pantai Chenang sebab nak survey pakej for island hopping. On the way tu kami singgah kat Telaga Harbour Park. Kat sini boleh tengok kapal-kapal... nak tengok sunset pun boleh juga =)

Tapi kami singgah sekejap je.. ambik-ambik gambar..eheheeee






NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker