Thursday, May 31, 2012

Langkawi with Love : Part 4 (Final)

Assalam peeps,

Agak lama juga nak sambung buat entry pasal our trip ke Langkawi kelmarin. Ok ni last entry pasal trip ke Langkawi tu. hehe mesti dah bosan kan langkawi tak abis-abis...hahahahaa

Malam kedua kami kat sana kami dinner di Wonderland Seafood yang terletak kat area Kuah. Memang sangat-sangat disyorkan kalau nak seafood kat sini. Memang sedap dan harga pun berpatutan!! (^_^)




Hari terakhir before pulang ke pangkal jalan  =P..kami just shopping kat HIG dan pusing-pusing pekan Kuah & area jetty.








Keluarga kecil kesayangan daku... =)


Sebelum ke airport kami singgah lunch kat "JOM Ikan Bakar" area Padang Mat Sirat..dekat sangat dengan airport.


Cik daddy yang perasan Brad Pitt with his anak dara kesayangan...=P




Luggage yang dah bertambah..hahahaha...

Bubye Langkawi..........

Semoga ada jodoh kita lagi..ekekeke



Thursday, May 24, 2012

Birthday cik daddy

Ampunkan saya dah lama berlalu baru nak update pasal birthday cik daddy..

14th May, cik daddy dah melangkah ke 3 series..huhuhu..sila sedar diri ye anda sudah semakin berusia.. =P

Ermm takda apa-apa celebration yang gah sangat pun.. Kami dua beranak bagi surprise pavlova saje for cik daddy..hihihi...kira boleh la kan...

Tapi cik cinta pun excited sama nak tiup lilin..sabar yer..nanti bulan 8 mintak daddy belikan kek tau....







Thursday, May 10, 2012

Langkawi with love : Part 3

Salam & hi all..

Lama betul nak amik mood menulis kat blog sekarang ni. Malas sangat dah sekarang ni..;P

Bersambung dari last entry, after jalan-jalan, amik-amik gambar dekat kapal-kapal tu semua. Kami terus ke Pantai Chenang, tujuan utama sebab nak survey pakej Island Hopping esoknya. Sebelum ni banyak terbaca dekat forum-forum yang pakej Island Hopping dekat area AB Hotel murah. Memang betul pun kami dapat pakej Island Hopping tu RM25 seorang. =), dan dia ada dua sesi pukul 9.00 pagi & pukul 2 petang. Kami pilih yang pagi... petang panas!! huhu

Bila dah settle semua..perut yang lapar mintak diisi.. atas suggestion seorang kakak yang memang stay kat Langkawi ni kami ke Restoran Nelayan. Kat sini memang famous dengan seafood yang fresh. Harga pun berpatutan. =)

Sebelum balik ke bilik sempat lagi kami singgah ke Haji Ismail Group (HIG) saja untuk survey dulu..hehe


ISLAND HOPPING

Pepagi dah bangun, breakfast kat gerai area bangunan MARA tu. Murah dan sedap!! =D

Then terus pecut ke AB Motel Pantai Chenang,sebab van derang yang akan bawa ke jeti dekat Awana Porto Malai.
 


First time ni Cik Cinta naik bot.. risau jugak memula tu, takut terpelanting pulak anak dara daku ni...bukan main kuat ioalss peluk dia. huhuhu. Cik Cinta pula steady je..tak takut langsung bot lelaju tu..haih la anak.. mak ko yang hover cuak..hahahahaaa



First destination Pulau Beras Basah... sangat cantik pulau ni...Air dia jernih..memang boleh nampak ikan berenang-renang.. Kat sini diberi masa lebih kurang setengah jam rasanya..Apa lagi ambik kesempatan mandi manda la..ehehe..


 

Cik Cinta dah tukar uniform!!! =)) Dia memang hantu air..pantang nampak air..







Gambar wajib kat signage " BERAS BASAH"
 
♥ One Happy Family  ♥
 








Dekat pulau ni ada cafe..tapi tiada tandas ye kawan-kawan..so pepandai lah kalau ada sesiapa yang nak buat project..kui3...


Seterusnya kami dibawa ke Pulau Singa Besar, kat sini memang banyak burung helang. Pemandu bot ni pun ada bawa ayam untuk bagi burung-burung ni makan.


Tengok burung ni dari atas bot


Last destination kami ke Tasik Dayang Bunting, ada cerita yang mengatakan sesiapa yang berkehendak kan zuriat bila minum air tasik ni insyaa ALLAH boleh termakbul.Wallahualam....



Cuba perati bukit tu betul-betul.. Bentuk seorang perempuan bunting yang sedang baring. Ada kepala, ada dada, ada perut dan kaki. Dari situ la tasik dayang bunting ni mendapat nama. Kisah dayang bunting yang semadikan anak dia dalam tasik ni korang search la sendiri kat mr.google...huhu

Aku suka sangat-sangat tasik Dayang Bunting tu. SubahanaAllah, cantik dan tenang sangat-sangat tempatnya (^_^)







Untuk pergi ke kawasan tasik tu, trek disediakan tapi memang kena redah hutan dan naik turun bukit sikit la. Orang tua memang tak larat la rasanya.. Tapi sangat berbaloi sebab tempat dia cantik sangat okeh.


Akhirnya sampai juga kami ke kawasan tasik dayang bunting ni. Kat sini ada di sediakan untuk beriadah ape benda ntah yang macam basikal yang kena kayuh dalam air tu.. Selain tu, kita juga boleh berenang dalam tasik ni dalam area yang telah dibataskan. Kanak-kanak pun boleh berenang, ade tempat khas untuk diorang.

Tetapi kat sini tiada life guard okeh..aku memang confirm tak kan mandi lah kan..cer korang tengok kedalaman tasik tu.. 10 meter ye.. owh TIDAKKKKKK.....muahahahhaa.. aku main celup-celup kaki je cukup.


Tapi anak dara ni memang pantang nampak air..nasib memang ada tempat budak disediakan.




Cik Cinta dah tak sabar-sabar nak terjun dalam tasik.. siap bole kuak lentang bagai..huhuhu



Bukan semua orang penakut macam aku...ada je orang yang berani berenang kat tasik tu. ;P

Lebih kurang pukul 1.30 petang juga lah kami pulang semula ke jeti. On the way dari tasik dayang bunting ni ke jeti Cik Cinta bole lena tidur walaupun duduk. Kena pulak angin laut tu.. penat sangat berendam la tu. Kesimpulan nya memang best okeh.. teringin nak pergi lagi. Tapi lambat lagi la kot...huhuhu


BERAS TERBAKAR

Petang tu before balik hotel kami ke Beras Terbakar pulak, tujuan utama bukan nak tengok sangat beras terbakar tu. Memang dah tau dah tak ada sangat dah pun beras terbakar nya. Tujuan utama sebab nak beli kain batik & kain pelekat buat ole-ole je.ekekeke..


Ni je lah beras terbakar yang tinggal..ada sepinggan tu je diaorang letak.


Tapi rumah ni adalah cantik!


Cik daddy yang dah serabai dan penat terpaksa melayan puteri kesayangan sementara cik mommy menyopping kain batik. =)

Budak comel yang tak tau penat!! hihihi







NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker