Tuesday, April 24, 2012

Langkawi with love : Part 2

Hi peeps,,,

CABLE CAR DI GUNUNG MAT CINCANG

Mari kita sambung story pasal langkawi lagi..still day 1 yer.. petang tu lepas dah lepak-lepak kat bilik..kasi wangi-wangi kami keluar ke destinasi yang pertama iaitu naik cable car kat Gunung Mat Cincang. Planning nak bagi si kenit tu tidur dulu, tapi harapannnnnn.... daddy nya yang tidur..hahahaha..

'Cable Car' sepanjang 919.5m ni telah diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai The Longest Free Span Single Rope Cable Car di dunia. Dan ia juga di antara cerun yang tercuram di dunia , pada kecerunan 42 darjah. Jadi amatlah rugi nya kalau dah datang Langkawi tapi tak naik benda nih. Cik daddy dan Cik Cinta first time nak naik ni.. cik mommy dah pernah naik..so boleh berlagak dengan daddy..muahahaha...

Harga tiket adalah RM15 bagi dewasa untuk pemegang MY KAD... jadi jangan lupa yer kawan-kawan bawak  MY KAD.. kalau tak nangis jugak nak kena bayar RM30.00 (^_^)






Alhamdulillah time kami pergi ni bukan peak hour so takda la kena tunggu lama pun nak naik. Sebab kalau time cuti sekolah..mau berjam-jam jugak la beratur.






Cik Cinta yang sedang menikmati pemandangan ciptaan ALLAH yang sangat indah =)



Kena mendaki sikit yer untuk ke jambatan kabel tu..gagahkan jugak la mendaki sebab sangat lah rugii w0o0o0ooo kalau tak pergi ke jambatan itu =P


Cik Cinta sedang melaporkan ke nenek dia yang dia dah berjaya menawan Gunung Mat Cincang..muahahaha.. sangat serius muka dia berborak dalam telefon tu.



Best gila kat atas tu. Rasa dingin je...dengan angin yang bersepoi-sepoi tu..ehee..Kalau cuaca baik kita juga berpeluang nampak Thailand.






Turun je dari atas kami pusing-pusing kat Village Oriental ni. Macam-macam ada kat sini. Ada kedai-kedai souvenir, ada binatang-binatang juga. Macam kuda etc. Siap boleh bagi ikan-ikan ni makan lagi. Makanan ikan ada jual RM1 sepaket.


TELAGA HARBOUR PARK


Turun daripada Oriental Village tu kami terus Pantai Chenang sebab nak survey pakej for island hopping. On the way tu kami singgah kat Telaga Harbour Park. Kat sini boleh tengok kapal-kapal... nak tengok sunset pun boleh juga =)

Tapi kami singgah sekejap je.. ambik-ambik gambar..eheheeee






Friday, April 20, 2012

Untuk pengetahuan...

Salam Jumaat semua... =)

Di pagi hari Jumaat ni saja nak share sesuatu yang saya baru tau juga. Memang saya tak pernah tau pun selama cium anak waktu dia tidur boleh menyebabkan dia degil.

Ok korang tengok sendiri lah petikan video dari Ustaz Ismail Kamus ni... sekadar renungan bersama jer.. sharing is caring kan.. wallahualam.. =)







Friday, April 13, 2012

Langkawi with love : Part 1

Assalam uolss..

Finally I managed to squeeze some effort to update about our Langkawi trip. It was a 3 days 2 nights trip =D (from 30th March - 1st April 2012). Actually air ticket AA I dah beli dalam bulan January 2012 lagi sebab kebetulan time tu AA ada buat promo. Still berbaloi lagi lah compare to kalau nak drive jer ke sana.. plus badan pun tak penat dan jimat masa =)

Teringin nak ke Langkawi sebab dah lama sangat rasanya tuan punya blog ni tak jejak kan kaki ke negeri lagenda mahsuri tu..ekekeke dulu selalu juga la pergi dengan family.

We started our journey around 8.00am as our flight is at 10.00am. Started to pack the night before sebab takut nanti ada jer benda yang tertinggal. Nak2 barang Cik Cinta =). Kami drive sendiri jer & park kereta kat LCCT. Parking rate kat sana RM16 sehari semalam... Tapi untuk 3 hari 2 malam ni kami di charge RM44 for parking. Actually cik daddy nak mintak tolong adik dia hantarkan ke LCCT, tapi dia balik ke kampung pulak that week. For me memang dari awal lagi nak drive sendiri jer sebab malas nak menyusahkan orang.. some more its working day (Friday).


Cik daddy with Cik Cinta ready to go yeay! excited sangat biasa nampak kapal terbang kat atas sibuk duk sebut "aeroplane" tapi pelat sikit lah. Now my anak dara dah pandai cakap.. membebel macam mak nenek okeh! Last time cik cinta naik flight ke Bandung masa umur dia baru 5 bulan.. tak berapa pandai lagi. Now dah cerdik seronok la sikit..ehehehe...


Wootttt Cik Cinta dah sampai uolsss... first time memijak kan kaki ke Langkawi (^_^). Bukan main seronok lagi dia berjalan berlari macam airport tu bapak dia yang punya..muahahaha..


Once reach airport sempat lah juga grab map yang memang disediakan secara percuma kat airport tu. Kalau nak diikutkan Langkawi ni memang la tak besar mana...tapi dah ada amik aja lah kannn.... ;P


Owner kereta sewa kami pun dah siap tunggu kat airport... Memang sengaja survey & booking kereta sewa awal-awal, senang sikit malas nak cari kat sana. Tapi kalau uoalls nak pergi don't have to worry kalau belum booking kereta, sebab kat sana memang banyak agent sewa kereta. Tinggal pilih je..heheheh..tapi itu kalau bukan peak season lah yer..kalau peak season nasib badan.. dia punya rate pun boleh tahan kalau peak season ni.

Details pasal kereta sewa next entry la eh.. =)


Cool kan kereta sewa kami! ;P


Dapat jer kereta isi minyak siap2... destinasi pertama confirmla cari kedai makan.. dah lapar tahap apa pun ntah la hahaha.. At first aku suggest makan kat kedai "JOM IKAN BAKAR" area padang mat sirat... sebab dah tak jauh pun dari airport... tapi tak jumpa..padahal sebenarnya dah lalu pun depan kedai tu. Lapar sampai kedai pun dah tak nampak agaknya.. kahkahkah... mungkin sebab tak cari sungguh2 pun ya jugak.

So aku suggest makan dekat "Restoran Wan Thai" area pekan Kuah je lah senang nanti terus check in hotel jer. Korang mesti perasan kan kanapa asyik Cik Mommy jer yang bagi suggestion tempat2 makan..sebab iolss dah survey okeh.. ni antara kedai2 makan yang famous amous..huhuhu. So mak nak try sedap sangat kah??ekekekeke

Location dia betul2 sebelah Hotel Bahagia. Kami makan nasi goreng2 jer dan si anak dara makan mee sup ayam. Tapi kat sini makanan seafood dia nampak menarik juga. Pulut magga pun ada tauuuuu....... =)


Nampak Cik Cinta tunjuk apa tu..maknanye sodap lah tu..kui3... Muka dah sleepy tapi makan tetap makan..owh anakku!


Overall makan kan sini adalah OK, tidak mengecewakan... =D

Habis makan, terus check in untuk rehat2 & wangikan diri balik.. hihihi.. next entry la sambung k.. =)


Wednesday, April 4, 2012

11 April 2011 Cuti Umum Tambahan

Assalam...




Kalau kita tengok kalendar memang tiada apa-apa cuti pun pada 11 April 2012 (Rabu) ni kan. Tapi sebenarnya 11 April 2012 ada cuti umum tambahan sempena Pertabalan Yang dipertuan Agong.

Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Tapi kalau cuti ni jatuh hari jumaat ke isnin ke kan lagi best! tapi tak kisah lah janji cutiiii... ;P

So kengkawan jangan ada pula yang pergi kerja hari rabu tu nanti yerrrr... kui3...



p/s: incik hubby... walaupun cuti no cycling2 yer..muahahahaha




Monday, April 2, 2012

Masih mood bercuti... =)

Hi peeps!!

Family kecik daku sebenarnya baru saja balik dari holiday ke Pulau Langkawi =)))

Best!!! dah bertahun lama nya tak kesana... kebetulan pula 31 March kelmarin birthday daku yang ke teeeetttt! hahahah tak suka nak sebut! So boleh la celebrate sekali. Tapi takda la kejadian potong2 kek pon.. (^_^)

Thanks k pada sedara mara & kawan2 yang wish birthday! luv u all =)



Ni ada sekeping gambar dulu... story akan menyusul next entry k! ;D Bye!


NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker