Tuesday, March 13, 2012

Hatyai, Thailand Part 1

Trip ke Hatyai, Thailand ni tak lah lama sangat... 2 hari 2 malam sahaja. Tapi kena buat berpart2 sebab kalau nak buat satu entry jer nanti banyak sangat pula gambar. (^_^)

Trip bermula malam 24hb February 2012... after works jer kami 3 beranak terus balik ke Ipoh since rombongan pak din (abah aku) ni bergerak dari rumah pak din yer..

Bertolak dari Ipoh dekat pukul satu pagi jugak lah.... berenti dekat RnR Bukit Merah jap minum2... Sampai border dalam kul 4.30 pagi macam tu. Kat sini boleh la nak tukar duit, even pukul 4 pagi money changer dia bukak okeh! Rate dia pun OK..

Before masuk imegresen singgah solat Subuh. Pastu baru lah beratur kat imegresen nun...


Inilah rupa bas rombongan pak din..not bad sebab bas baru =P


Anak dara daku yang comel... siap dapat satu seat untuk dia =D


Masuk je Thailand, cari makan dulu buat isi perut. Singgah la makan kat gerai tepi jalan jer. Kat sini masih tak susah nak cari makanan halal coz masih ramai orang Islam.


1) NORA PLAZA

Lokasi pertama yang dituju adalah Nora Plaza. Kat sini dikatakan banyak barangan kulit. Harga barangan kulit ni tak tahulah sebab tak tengok pun. Tapi barang lain macam tak la murah sangat...huhuhu.. Antara barang2 yang ada kat sini.. baju t-shirt, kasut, bag, souvenir, macam2 lah... kami tak beli pape punn.... huhuhuhu....



2 orang sepupu yang excited dapat berjalan naik bas. Comel jer 2 beradik ni. hehehe








2) TANG KUAN HILL

Lepas tu terus bergerak ke Songkla, Thailand. Pergi ke Tang Kuan Hill. Nak ke atas kena naik kereta kabel dia, 30 baht = RM3 la gitu. Dia macam ala2 kat Bukit Bendera punya tu.

Kat atas ni boleh la nampak pemandangan Pantai Songkla dan bandar Songkla.



Nak tengok pakai teropong ni pun kena bayar ye.. tapi tak ingat lah pulak berapa harganya..huhuhu




Berehat/melepak jap kat atas sementara tunggu yang lelain berposing... eheheee



Kat bawah tu jugak ada orang jual aiskrim dalam kelapa muda ni. Seeedappppp!!!!! dalam RM3 kot duit kita. Kat sana memang banyak buah kelapa muda kot. Macam2 diaorang buat pakai kelapa muda. Air tu dah tentu2 lah.. ada yang buat aiskrim macam ni.. ada yang letak jelly dalam tu.

Pastu baru lah bergerak ke Pantai Songkla yang ada patung ikan duyung besorrr tu. Tapi kami tak berenti pun sebab cuaca sangat panas... So pusing2 jer.. Before check in hotel kami singgah makan tengahri dulu kat Songkla.

Malam tu kami menginap di Diamond Plaza Hotel, kat area tengah2 bandar Hatyai.



1 comment:

NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker