Untuk perkongsian bersama…
Hari ini, bermulalah detik 10 malam terakhir Ramadan. Tarikh 11.09.2009 – bersamaan dengan Malam 21 Ramadan.
Yang mana terdapat di dalamnya Malam Lailatul-Qadar….iaitu Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan dan ganjarannya pahalanya diberikan oleh Alla s.w.t pada mereka yang mendapatnya.
Kenapa 1,000 bulan?
Kerana 1,000 bulan itu bersamaan dengan 83 tahun….mengikut pada jangka hayat manusia. Jika kita hidup selama 83 tahun beribadat kepada Allah s.w.t, maka Malam Lailatul-Qadar itu adalah bersamaan dengan ibadat kita kepada Allah s.w.t selama kita hidup.
Persoalannya, bolehkah kita hidup hingga 83 tahun ?
Kebanyaakkan, dari umat manusia dalam umur 40 tahun pun sudah pergi menemui Illahi, apatah lagi …hendak menunggu hingga 83 tahun.
Mengikut Hadith Nabi Muhammad S.A.W., “Carilah Malam Lailatul-Qadar itu pada Malam-Malam Ganjil” iaitu pada Malam 21, 23, 25, 27 dan 29.
Terdapat tiga (3) cahaya yang akan menyinari iaitu : -
- Nur (cahaya) – dari Allah s.w.t,
- Cahaya dari para malaikat-malaikat dan jibril yang akan melebarkan sayapnya membawa seribu kebaikkan bagi tahun-tahun yg akan datang
- Cahaya fajar yang menyinar di awal pagi
Mengikut Tazkirah pagi tadi bersama dgn Ustaz Wan Sohor Bani Leman, kajian yg dilakukan oleh Imam Ghazali, perkiraan beliau mengatakan bahawa pada tahun ini 1430H,
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada Malam ke – 23..iaitu pada hari Sabtu, 12.09.09 malam Ahad…
Begitu juga dgn jadual di bawah, apabila Awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 22.08.09, maka Malam ke – 23 adalah Malam Lailatul-Qadar… Wallahu 'alam bis sawab..
Namun yang demikian, janganlah kita lupa pada Malam-Malam yang lain kerana yang pasti, Malam Lailatul-Qadar itu adalah Rahsia yang hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya.
Apa yang perlu dilakukan pada Malam-Malam tersebut ?
Melakukan Solat-Solat Sunat, Qiamulail, Membaca Ayat-Ayat Suci Al-Quran, Berzikir dll.
Selamat Menempuh Malam-Malam Lailatul-Qadar.
Semoga ibadat yang kita lakukan dengan Ikhlas ini mendapat keredhaan di sisiNya….Amin.
No comments:
Post a Comment