Pastu aku pun terus laa zasss pergi ambik air nak jelum kepala dia dan kool fever.. sebelum tu kejutkan cik daddy suh tengok2 kan cik cinta kejap..
Sakit sangat lah tu..sampai menangis, sebab biasanya Cinta kalau tidur sampai ke pagi dia lena.. Lepas menggunakan segala kepakaran yang mummy nya ada untuk memujuk baru lah lena balik..
Jumaat lepas kerja jemput Cik Cinta dari rumah pengasuh nampak ada bintik2 merah tapi tak banyak lah.. tapi ada kat tangan dengan kaki jer. Bagi tau daddy takkan lah kena lagi HFMD or penyakit tangan kaki dan mulut ni... sebab last year dah pernah kena dah.
Esok pagi terus ke klinik nak confirmkan.. hmm sah!! HFMD lagi!!!
Haih dari mana la dapatnya ni.. sebab bila diingat balik memang minggu tu kami tak pergi mana pun... Weekend pun tak kemana.
Tanya cik daddy ada tak budak lain kat umah pengasuh tu yang kena. Sebab memang hari2 cik daddy akan jemput cik cinta dulu baru jemput mummy... dia cakap takda pulak nampak.. Ish macam tak puas hati jer rasa..
Kali ni bubbles banyak dari dulu...dekat mulut pun banyak.. dulu kat luar mulut takda langsung.. kali ni kat luar ada kat dalam pun ada. Kesian tengok dia..tapi alhamdulillah masih boleh makan dan nyusu...
Kat rumah semua mummy dah buat operasi habis segala toys dengan rumah2 sekali mummy basuh dengan dettol... biar semua kuman2 tu mati.
Demam nasiblah sehari dua tu jer.. cuma bubles/bintik2 tu jer ambil masa sikit nak hilang.. sapu dengan cream dan camomile lotion sampai 4 -5 kali sehari... hahhaha
Disebabkan itu juga lah mummy terpaksa lah ambik EL jaga awak tau.. sapa lagi kan?? bak kata Dr. Syed Nazri (KJMC).. biasalah selalunya mak yang kena ambil cuti jaga anak. See nampak sangat apa2 pun mak...macam mana lah anak tak sayang mak lebih kan.. =P
See kat area mulut pun ada jugak... takpe2 sayang lepas ni kita sapu lotion banyak kasik cun balik okeh!! (^_^)
Dalam pada sakit2 pun tetap aktif yer anak dara i ni.... luv u sayang... cepat baik eah.. weekend ni nak berjalan kan... yeay sukeeee!!!!.... =D
Ni ada sikit info pasal penyakit tangan kaki dan mulut: sumber dari info sihat
Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
- Demam yang ringan
- Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
- Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
- Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
- Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
- Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
- Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
- Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
- Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
- Jangan berkongsi barang-barang peribadi
- Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
- Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
- Letih/lesu
- Kulit dan lidah yang kering
- Resah gelisah (irritable)
- Sawan
- hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
- Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
- Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
- Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama