Tuesday, January 31, 2012

Baby Cute Contest!

Assalam semua,

Dah lama tak join contest kat blog, tetiba perasan iols ditag suzie..hehehe Jom join ramai2. Hadiah2 die pun kiut-miut....klik kat SINI utk view blogshop tuan punya contest ni yer tak pun klik banner ni k... =)


Ops! apa syarat2 nak join contest ni? Jom check satu2 okeh kenkawan....

syarat -syarat penyertaanya adalah :

1. Terbuka kepada baby yang berumur dari 1bulan ke 2tahun-->Beres
2. Sila Letakkan banner contest di sidebar blog anda dan entry anda-->Done
3. Anda hendaklah menjadi Follower blog BAJU BABY ATAS RAK--> Done
4. Buat entry tentang contest ini dan link back ke entry ini--> Done
5. Sertakan sekeping gambar sahaja dalam entry anda-->Done
6. Terbuka kepada anak sendiri/ anak saudara / adik anda-->Beres
7. Anda dikehendaki menwarwarkan hadiah yang bakal dimenangi didalam entry anda--> Done
7. Sila nyatakan nama anda,nama baby dan tarikh lahir baby-->Done
8. Anda mesti TAG sekurang-kurangnya 4orang untuk join contest ini. -->Done
9. Tinggalkan link entry anda di kotak komen.-->Done

Jom kita tengok pulak apa hadiah2nyer.....


Pemenang Tempat Pertama (owner blog) :
jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI T-SHIRT HATE HERO.

jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima SEHELAI DRESS + SEHELAI SHAWL.



Pemenang Tempat Kedua (owner blog) :

jika pemenangnya lelaki,
Akan menerima SEHELAI TSHIRT BAND untuk peserta lelaki.

jika pemenangnya perempuan,
Akan menerima DUA HELAI SHAWL untuk peserta perempuan.



*pemenang hanya seorang*
*kalau perempuan dapat hadiah untuk perempuan..dan sebaliknya...harap maklum*


Pemenang tempat pertama (baby) :

Akan menerima 2HELAI ROMPERS + 2 PASANG BURSHA + 1PASANG TIGHT

Pemenang Tempat Kedua (baby) :

Akan menerima SEHELAI ROMPERS +1PASANG BURSHA




Tarikh tutup :: 8.Februari.2012

Dan gambar yang iols nak pertaruhkan kali ni adalah gambar terbaru cik cinta la opkos kan.. ;))



Nama Mummy: Suhaida Suhaimi
Nama Baby: Cinta Sofea Zara Binti Zuraidy
DOB: 31 Ogos 2010



Yang lelain pun jom lah join sekali..hehehe =)



Monday, January 30, 2012

Morib Gold Coast!

Assalam uoalllsss..

Kali ni aku nak cerita pasal short holiday family kecilku ker Morib Gold Coast!

Tak dapat nak ke gold coast Australia ke Morib pun jadi lah kan... ;P

Memandangkan cuti CNY ni incik daddy bercuti lama sampai seminggu... so dia ajak berholiday ker Morib. Cik Mommy ok jerrrr... giler xnak berjalan kan...hahahaha

Cik daddy booking secara online jer di website Gold Coast Morib. Kami ambik bilik studio suite jer, harga nya RM250++ (campur tax 10% + 6% jadi lah RM290) untuk sehari semalam. Pakej kami including 2 voucher buffet breakfast, 2 voucher buffet dinner & 2 voucher waterpark.

Kami pergi pun 26 - 27hb January.... Location dia pun takde lah jauh sangat dari Shah Alam ni.. boleh pergi ikut Banting takpun ikut Bagan Lalang, Sepang =)



Ini lah water park nya terletak kat tengah building.. so far ok..tak terlalu besar tak terlalu kecik.. =).

Harga tiket masuk ke water park ni RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2.. tapi kami ada voucher.. sampai 2 kali masuk water park ni.. hari nak balik pun pagi tu sempat lagi berendam kejap after breakfast...ehehehehe

Dan inilah budak yang paling excited dapat main air...sampai tak mau naik! haih.. siap berkali-kali ajak cik daddy dia naik slide.. xde nak takut langsung...


Cik Cinta with cik mummy while waiting for cik daddy nak check in...


Bukan main seronok lagi cik cinta dapat berlari sana sini... time sampai ni air tengah surut...


Dalam banyak2 benda, gambar toilet juga yang aku ambik.. sbb suka ada jakuzi..hahaha


Cik Cinta pun suka jugak! ;D


Cik daddy tengah fefeeling hape ntah tu..hahahah



Sesaja jenjalan dekat "The Pier" memalam tempat ni jadi beach bar...



Chantekkk kan kan... ;P

Family kecilku... sayang mereka berdua sgt2222!!!! =))

So far ok jer holiday kat sini, kalau berniat nak berehat2 ok lah.. view pun chantekk... ini bukan tempat nk shopping2 yer kengkawan.. =P

Lagipun tempat ni masih baru... cuma nya pilihan makanan for dinner buffet kena improved lagi... tak berapa banyak choice. Tapi buffet breakfast adalah BEST!! hehehehe


Wednesday, January 18, 2012

First entry for 2012

Assalam,

Baru perasan this year aku takde update pun entry baru... haih makin menjadi2 penyakit malas ku ini.. ;P

Tambah pulak bulan ni bila weekend jer balik kampung... Masa cuti new year balik Bagan Datoh sebab cuti pun 3 hari kan... owh ye sebelum balik Shah Alam kami sempat lagi berkelah kat Kuala Woh... ekekekeke

Weekend baru2 ni pun balik Bagan Datoh lagi sebab tetiba pulak kakak ipar nak buat kenduri marhaban ngan akikah anak dia...last minute punya plan.. tapi katering jer so takde apa sangat lah.. ;)

Minggu ni pulak kan cuti panjang lagi sebab CNY,... nak balik ipoh pulak... tapi dah terbayang-bayang dah jalan jem nya nanti... huhuhu... Next week juga ada plan nak merehatkan diri sekejap... tapi takde lah jauh mana pun...dekat2 jer... nnti will blog about it! =)

Owh yer lagi satu.. nak bagi tau jugak kat sini... azam tahun baru nak cari kerja baru!!! sape2 ada kerja kosong angkat tangan!! ehehehee



****** Barang2 dari supplier baru sampai!!!! =))) malam ni nak kena packing2! esok nak kena pos out to my lovely friends and customer.... Alhamdulillah......


NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker