Tuesday, December 14, 2010

:: Our Vacation to Singapore ::


Hye.. dah lama sgt dah nak cite pasal our short vacation that day...
tapi asyik xsempat jer... bz!! ehehehe( bz lah kunun yerk!! *wink*)
Okay last two week kiteorg satu family pegi bercuti xde la jauh mane sgt pun...
My hubby ajak pegi Singapore... i pun ape lagik... i folloowww jer lah kan! =)

On Friday nite tu Mr. Hubby tanye mau pi ke x Singapore.. i x kisah okeh... =) lagi pun lame sgt x jejalan! Memula tue macam agak risau jugak lah...kali ni nak berjalan harus lah kene bawak si kenit Cinta sekali kan... die plak baru 3 months plus... dibuatnye meragam x ke haru kan..

So sabtu tue Mr. Hubby pun menjalankan operasi survey2 hotel bagai... then terus booked jer. Kiteorg stay kt JB jer... save sikit!! daripada nk stay kt Singapore adalah lebey baik duit tue bg kat i buat shopping!!! huhuhuu....

So ahad pepagi tue siap buat nasi goreng lagi buat bekal on the way... Kunun nak kuar awal pagi..tapi sudah nye dekat kul 11 jugak la baru gerak dari umah...huhuhu...
Tapi yang peliknye.... time kiteorg nak bercuti2 ni lah ramai beno org nk dtg umah.. my parents nak dtg...pkck nk datang..my sis nak dtg..Mr. Hubby punye kekawan pun nak datang..haih..

Otw tu sempat singgah RnR Dengkil, jumpe pkck ngn mkck ct pasai depa nak bg baju kat cik kak Cinta sorang ni..eheheh.. Cinta lagi sume org kasik kt Cinta je..mummy xdak pun!..
Sampai JB dalam kul 2.30 camtue..teros check in hotel... rehat2 tdo sat..


*** just check in ****


Ptg tue kuar jejalan kt JB... nk tuka duit lagik....pas makan2 tros blk tdo...pasal sok pepagi dh nk masuk Singapore.. =)


*** otw to Singapore ***


***** Nasib lah x bape ramai sgt org pg tue kat imegresen...klu tak letih gak nk dukung cik Cinta neh =)***

Sampai Universal studio dalam kul 11 a.m camtue..tapi dah ramai orang okeh...ticket pun dah sold out!!!huhuhuhu punah harapan Mr. Hubby nk masuk universal studio..kui3...
Next time lah...tunggu Cik Cinta ni besar sikit dah cerdik sikit...sure lg besh!!


***** gambar yang wajib amik *****

Even x masuk Universal Studio pun...tapi seharian jejalan kat Sentosa Island ni pun dah letih okeh...besh jugak sebenarnye... klu masuk Universal studio sure xsempat nk jejalan kt situ...




**** Cik Cinta with mummy ****



**** Cik Cinta with daddy ****



*** Cik Cinta awak sgt behave!!! mummy sgt suka!! luvvvvv u!!



***** since x dapat masuk Universal Studio, belikan lah Cik Cinta kita ni bear ni tuk die.... *****


***** tido malam tue pun ngan teman baru die...ehehe =) ****



***** ini la kawan baru saye Cik Cinta cakap... nnti kite ajak daddy masuk Universal Studio pulak okey... =)*****



Thursday, December 9, 2010

:: kami sudah pulang dari bercuti-cuti ::


Ya! kami sekeluarga dah balik dari bercuti2 seketika...
Takde la lama sgt bercuti nyer..
sbbnye rasa macam dah lama sgt kiteorg x bercoti kot...
patutnye bulan 9 ritu plan nk bercuti...tapi takde la jauh mana sgt pun Langkawi jer..
tapi duk dalam pantang kan...cuti hape nyer...
mmg la cuti sampai 2 bulan kau... tp cuti duk umah je lah diam2...kan....huhuhuu..
Flight ticket pun terpaksa lah pejam mata "burn" gitu je lah.. xkan nk bg incik suami pg sesorg! No No No okey..... *wink*

Kemanah kami pegi????
next entry la i cite okeh... sbb gamba x transfer lagik..
x syok la cite xdak gamba kannnnnnn... hehehhee


ok BYE! =)




Tuesday, November 30, 2010

:: Pesanan buat para-para suami ::


Salam kekawan...sebenarnye dah lama dah mintak izin and copy article ni from cpm,
tapi asik lupa jer nak tempek kat sini..
article ni sgt bagus okeh kekwan...
tapi for sure la mak nak suruh laki mak yang baca.. sbb i tau die ade gak baca...kan daddy kan...ahahahaha
baca tue mungkin la..tapi tatau lah die paham ke idak.. *wink*

Para-para suami sekalian...ni bukan saje-saje kitorang (para isteri) reka-reka k. Ni hasil penulisan seorang 'suami' juga. Thank you Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah
.


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


** Ibu-ibu atau isteri-isteri, sila tempek kat blog memasing k.... sharing is caring!! ;)



NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker