Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Doa Makan Bersama Cik Cinta

Assalamualaikum semua (^_^)

Bangga kejap mommy diumur 2 tahun Cik Cinta dah pandai & hafal doa makan..ehehe,,, sebelum umur 2 tahun lagi dia dah pandai sebenarnya..dah ada irama nya...tapi banyak dengar hujung nya je.. sebab cik Cinta suka baca laju sangat macam ketapi..hahaha

Ni dapat record sebab suruh dia baca slow-slow sikit...=)

Tapi abis semua bacaan...tak kira la doa dalam solat ke doa lepas azan ke...doa makan jugak yang dibacanya...cuma kalau tengah solat tu dia baca "doa makan" tu ala-ala berbisik..sebab selalu tengok daddy & mommy dia solat baca slow-slow je...tu yang dia terikut tu...kelakar tgok nya.

Cuba nak train baca Al-Fatihah pulak sebenarnya...moga suksess!! eheehee



Mari baca doa makan dulu yer kawan-kawan! =))


Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan - Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Ramadhan dan Selepas Berbuka..

Assalam..

Ermm Ramadhan hampir tiba lagi...=)

Agaknya mungkin ramai yang dah menyiapkan diri untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak kali ni kan.. pada yang dah ganti puasa alhamdulillah..... pada yang sempat puasa sunat pun alhamdullilah...semoga bertambah-tambah pahala kalian semua.... (^_^)

Sempena Ramadhan yang bakal menjelang ini jugak, saya ingin memohon berbanyak kemaafan andai ada tersalah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak.

Marila kita sama-sama berdoa agar kita semua dapat memanfaatkan peluang Ramadhan yang dikurniakan ini untuk memperbaiki dan mendekatkan diri kepada pencipta ALLAH yang Esa. Semoga kita semua dikurniakan dengan rahmat pengampunan dan pembebasan dari neraka Allah SWT serta diketemukan dengan Lailatul Qadar... Amin...

Ok..di sini ku sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa.

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala


Lafaz niat puasa (harian)


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Doa Berbuka Puasa



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin



Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Kareem 1432 Hijrah!! =)


p/s: sangat berharap tahun ni dapat berterawikh di rumah berimamkan cik daddy... insyaALLAH....


NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker