Tuesday, March 20, 2012

Hatyai, Thailand Part 2

Ok jom kita sambung balik pasal trip ke Hatyai haritu.. bukan main lama nak buat sambungan nya..hehe

Dari Songkla kami terus ke pekan Hatyai untuk check in, kami menginap di Diamond Plaza Hotel. Rate dalam RM100-110 kot duit kita (daku tak amik port sangat sebab ayahanda tercinta sponsor kui3) .. not bad la siap ada swimming pool bagai.. tapi tak sempat nak terjah pun swimming pool dia ;P . Bilik pun besar! =)







Lepas rehat2..bersihkan badan wangi2 kami ke Floating Market pula... Floating market ni memang buka dari petang sampai lah ke malam... Macam-macam la ada jual kat sini, makanan, baju bajan segala la ada. Yang paling menarik kat sini derang jual makanan dan minuman dalam sampan. Makanan dia pun unik2 jer.. yang tak pernah tengok pun ada.


Elok sampai jer tuan puteri ni lena lah pulak... jenuh juga dukong dak bam bam ni..hehehe





Ini la antara makanan yang unik dan pelik. Segala macam ulat, cengkerik ke hape ntah derang boleh goreng pastu makan..huhuhu

Kami tak beli makanan apa pun cuma beli pulut mangga (sedap) dengan air kelapa je...

Balik dari floating market, pulang semula ke hotel tapi kami tak masuk terus bilik tapi pusing2 kat pekan hatyai. Ada pasar malam =)

Lepas dah penat2 pusing pekan hatyai, balik hotel dah lenguh satu badan memang nak tidur jer rasa. Abah pula call tukang urut suruh datang bilik sebab abah nak urut kaki. Sepanjang jalan kaki kat pekan hatyai tadi memang nampak banyak sangat pusat mengurut tau =)

Mak ngan aku pun ambik kesempatan nak urut satu badan ;P. So ada dua orang perempuan thai la datang bilik kitaorang. Kebetulan bilik mak abah connection dengan bilik kami 3 beranak.. Memang syok gila kena urut sampai nak terlena okeh..kui3.. Urut satu badan kena charge dalam RM30 saja. Murah kan!! ;D

Esoknya cik daddy kata dia nak suruh perempuan thai tu urut kaki dia jugak sebenarnya.. tapi terlena sudahnya sementara tunggu daku diurut..kui3 melepas! hahahaha



Pagi esoknya kami breakfast kat Restoran Salma, lepas tu ke market apa ke namanya untuk sambung shopping lagi. Tapi kami tak beli apa sangat pun... beli tshirt je..hehehe


Kat sana memang tak sah kalau tak try naik tut tut ni tau.. best! (^_^)

Ini lah antara sedara maraku yang joinnn.. selain family aku ada mak njang & pak lang sefamily...hehe

After check out petang tu, sebelum pulang ke pangkal jalan sempat lagi singgah ke Danok untuk lunch & perabih kan note Baht yang ada.. =D. Tapi kat Danok ni duit Malaysia pun diaorang terima je.


Tuesday, March 13, 2012

Hatyai, Thailand Part 1

Trip ke Hatyai, Thailand ni tak lah lama sangat... 2 hari 2 malam sahaja. Tapi kena buat berpart2 sebab kalau nak buat satu entry jer nanti banyak sangat pula gambar. (^_^)

Trip bermula malam 24hb February 2012... after works jer kami 3 beranak terus balik ke Ipoh since rombongan pak din (abah aku) ni bergerak dari rumah pak din yer..

Bertolak dari Ipoh dekat pukul satu pagi jugak lah.... berenti dekat RnR Bukit Merah jap minum2... Sampai border dalam kul 4.30 pagi macam tu. Kat sini boleh la nak tukar duit, even pukul 4 pagi money changer dia bukak okeh! Rate dia pun OK..

Before masuk imegresen singgah solat Subuh. Pastu baru lah beratur kat imegresen nun...


Inilah rupa bas rombongan pak din..not bad sebab bas baru =P


Anak dara daku yang comel... siap dapat satu seat untuk dia =D


Masuk je Thailand, cari makan dulu buat isi perut. Singgah la makan kat gerai tepi jalan jer. Kat sini masih tak susah nak cari makanan halal coz masih ramai orang Islam.


1) NORA PLAZA

Lokasi pertama yang dituju adalah Nora Plaza. Kat sini dikatakan banyak barangan kulit. Harga barangan kulit ni tak tahulah sebab tak tengok pun. Tapi barang lain macam tak la murah sangat...huhuhu.. Antara barang2 yang ada kat sini.. baju t-shirt, kasut, bag, souvenir, macam2 lah... kami tak beli pape punn.... huhuhuhu....



2 orang sepupu yang excited dapat berjalan naik bas. Comel jer 2 beradik ni. hehehe








2) TANG KUAN HILL

Lepas tu terus bergerak ke Songkla, Thailand. Pergi ke Tang Kuan Hill. Nak ke atas kena naik kereta kabel dia, 30 baht = RM3 la gitu. Dia macam ala2 kat Bukit Bendera punya tu.

Kat atas ni boleh la nampak pemandangan Pantai Songkla dan bandar Songkla.



Nak tengok pakai teropong ni pun kena bayar ye.. tapi tak ingat lah pulak berapa harganya..huhuhu




Berehat/melepak jap kat atas sementara tunggu yang lelain berposing... eheheee



Kat bawah tu jugak ada orang jual aiskrim dalam kelapa muda ni. Seeedappppp!!!!! dalam RM3 kot duit kita. Kat sana memang banyak buah kelapa muda kot. Macam2 diaorang buat pakai kelapa muda. Air tu dah tentu2 lah.. ada yang buat aiskrim macam ni.. ada yang letak jelly dalam tu.

Pastu baru lah bergerak ke Pantai Songkla yang ada patung ikan duyung besorrr tu. Tapi kami tak berenti pun sebab cuaca sangat panas... So pusing2 jer.. Before check in hotel kami singgah makan tengahri dulu kat Songkla.

Malam tu kami menginap di Diamond Plaza Hotel, kat area tengah2 bandar Hatyai.



Friday, March 2, 2012

Dah bulan march!!!

Hi uolsss...

Tak sangka sekejap jer dah bulan March dah kita... cepat betul kan? T_T

Tapi iolssss tak berapa nak suka okeh sebab bulan March aku akan masuk group 3 series sudah... owh mencik!! ;P

Sebenarnya banyak benda nak cerita kat sini.. especially pasal trip to Hatyai, Thailand last week 24 -26th February 2012. Sementara masih segar dalam kepala otak aku ni elok lah aku buat entry pasal tu cecepat. Tapi tu lah ada banyakkkkkkk sangat gambar nak kena pilih & edit.

Kalau asyik cerita jer takde gambar nanti tak syok pulak kan... so tungguuuuu yer...huhuhuu


NUFFNANG

ANNIVERSARY

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker